27 September tentera dapat BUDI95, walaun dapat BUIH95

TANGGAL 27 September ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mendahului menerima manfaat BUDI95.

Inisiatif ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi bukti Kerajaan MADANI tidak pernah lupa jasa wira negara yang sentiasa di barisan hadapan mempertahankan keselamatan tanah air.

Tentera inilah yang berkorban masa bersama keluarga, inilah yang sanggup meredah banjir, inilah yang berjaga malam di sempadan, dan inilah yang kita nampak dahulu ketika rakyat diuji pandemik.

Bila rakyat perlukan mereka, ATM sentiasa ada. Kali ini sudah tiba masanya pula Kerajaan MADANI membalas jasa dengan penghargaan yang nyata.

Bezanya jelas iaitu Kerajaan MADANI turun padang, bukan sekadar turun pentas ceramah. BUDI95 ini lambang prihatin, bukti tindakan, dan bukan sekadar janji manis di musim pilihan raya. Tentera dihargai, kebajikan dijaga, moral dinaikkan.

Bagaimana pula dengan pembangkang hari ini? Mereka boleh terus menyalak siang malam kononnya kerajaan gagal.

Tapi hakikatnya, yang mereka mampu beri hanyalah BUIH95 iaitu buih fitnah, buih janji kosong, buih propaganda.

Bila berkuasa dulu, bukan sahaja tentera, rakyat pun terpaksa mengikat perut dan potong gaji kononnya demi pengorbanan.

Bagi penulis Kerajaan MADANI memilih jalan yang bijak dan berbeza. Tidak tunggu musim undi untuk tunjuk prihatin. Tidak menangguk di air keruh demi modal politik.

Sebaliknya, apa yang wira negara terima kini adalah hasil dasar MADANI yang berpaksikan kebajikan.

Kesimpulannya, 27 September akan jadi tarikh bersejarah. Tentera Malaysia dapat penghargaan yang selayaknya, manakala pembangkang terus hanyut dengan buih janji mereka.

Related Posts

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran. Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri