PUTRAJAYA, 24 Feb -- Bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Presint 1, di sini.?Hari ini Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri???ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA???
KUALA LUMPUR – Baki setahun pentadbiran Kerajaan MADANI perlu dimanfaatkan sebagai tempoh mempercepat pelaksanaan reformasi, memperkukuh ekonomi dan memastikan hasil pembangunan dapat dirasai rakyat.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha itu penting supaya rakyat dapat menikmati manfaat daripada asas pembangunan yang dibina sepanjang empat tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pelbagai usaha sudah dilaksanakan bagi membawa Malaysia ke arah lebih baik sepanjang tempoh berkenaan meskipun kerajaan berdepan cabaran politik, ekonomi dan sosial.
“Sepanjang empat tahun pentadbiran Perdana Menteri ke-10, sudah menyaksikan pelbagai usaha membawa Malaysia ke arah yang lebih baik meskipun berdepan pelbagai cabaran politik, ekonomi dan sosial,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.
Saifuddin berkata, terdapat empat keutamaan yang menjadi tunjang pentadbiran kerajaan, iaitu kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, kebajikan rakyat serta tatakelola yang baik.
Katanya, kestabilan politik dan perpaduan rakyat perlu terus dipelihara bagi memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan secara berterusan.
Selain itu, usaha memperkukuh ekonomi, menarik pelaburan, menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing negara perlu diberi perhatian.
Dalam aspek kebajikan, katanya, kerajaan komited membantu golongan memerlukan, mengurangkan beban kos sara hidup serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Beliau berkata, kerajaan juga perlu terus memerangi rasuah, mengurangkan ketirisan dan memastikan pentadbiran yang telus serta bertanggungjawab.
Saifuddin berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat berkala Majlis Setiausaha PH yang berlangsung hari ini, bersempena ulang tahun keempat Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Mengulas pencapaian kerajaan, beliau berkata, PH menghargai segala kejayaan yang diraih sepanjang empat tahun lalu, namun mengakui masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki serta harapan rakyat yang belum dipenuhi.
Katanya, kerajaan perlu terus terbuka menerima teguran dan kritikan bagi memperbaiki kelemahan serta meningkatkan keberkesanan pentadbiran.
“Setahun berbaki ini mesti dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempercepat pelaksanaan reformasi, memperkukuh ekonomi dan memastikan hasil pembangunan benar-benar dirasai rakyat dalam kehidupan seharian.
“Amanah ini akan terus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan rendah hati. Empat tahun kita membina asas. Dalam setahun berbaki, kita mesti bekerja lebih pantas agar rakyat segera merasai hasilnya. Keutamaan kita tetap rakyat dan masa depan Malaysia,” katanya.

