UMS siap sedia sambut 5,123 pelajar baharu sesi akademik 2025/2026

KOTA KINABALU – Seramai 5,123 pelajar ditawarkan tempat melanjutkan pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi sesi akademik 2025/2026 yang akan memulakan pendaftaran pada 27 dan 28 September ini.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, universiti telah membuat pelbagai persiapan bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran serta pelaksanaan Minggu Suai Mesra (MSM) yang dijadual berlangsung sehingga 1 Oktober depan.

“Saya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu UMS.

“Kami akan berusaha memastikan proses pendaftaran berjalan lancar dan semua pelajar dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam suasana kampus,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Beliau turut mengingatkan para pelajar, ahli keluarga dan penjaga yang hadir semasa pendaftaran agar mematuhi peraturan serta arahan petugas lalu lintas di kampus bagi melancarkan pergerakan dan mengelakkan kesesakan.

Menurutnya, UMS telah menugaskan pasukan urus setia, sukarelawan serta Pembimbing Suai Mesra (PSM) yang bersedia membantu sepanjang proses pendaftaran dan program MSM.

“UMS sentiasa prihatin dan menjaga kebajikan para pelajarnya melalui pelbagai kemudahan serta sokongan yang disediakan bagi memastikan pengalaman pembelajaran dan kehidupan kampus berjalan dengan lancar,” jelasnya.

Related Posts

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

LIMBANG – Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digalakkan memastikan anjing dan kucing menerima vaksinasi tahunan bagi membantu mengekang penularan penyakit rabies secara lebih berkesan. Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kenal pasti identiti 3 sekeluarga maut kebakaran rumah di Muadzam Shah

ROMPIN – Polis mengenal pasti identiti tiga sekeluarga yang terkorban dalam kejadian kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Rompin Superintendan Sharif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

PKR ambil serius teguran akar umbi, perkasa strategi komunikasi

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat

Lepas Tabung Haji, RCI FELDA bukti Anwar laksana tindakan tidak popular demi kepentingan rakyat