Inkues Zara: Sebahagian dokumen baharu akan diperiksa pakar forensik minggu hadapan

KOTA KINABALU – Sebahagian daripada 27 dokumen baharu yang dirampas pihak polis dalam siasatan berkaitan kes kematian remaja Zara Qairina Mahathir, 13 dijangka akan diteliti oleh pakar forensik daripada Jabatan Kimia minggu depan.

Menurut wakil guaman kepada ibu Zara, Shahlan Jufri, tiga pakar forensik dijangka akan meneliti antara 10 hingga 15 item daripada keseluruhan 27 dokumen yang telah dirampas, dengan penekanan terhadap analisis tulisan tangan serta kandungan bahan bertulis tersebut.

“Dokumen-dokumen itu adalah dokumen baharu yang telah dirampas oleh pasukan polis dan telah dibawa pun sebenarnya ke mahkamah.

“Cuma ditangguhkan penelitian dokumen itu disebabkan ada isu-isu teknikal.

“Sepatutnya hari ini kita boleh ‘unseal’ dan pakar boleh meneliti. Namun kami menggunakan plan B, pegawai pengendali pun bersetuju minggu depan barulah dokumen-dokumen itu diteliti oleh saksi daripada Forensik Jabatan Kimia,” katanya ketika ditemui media selepas prosiding inkues di Mahkamah Koroner, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata dokumen-dokumen tersebut termasuk buku, nota serta tulisan tangan yang dipercayai milik mangsa dan telah diserahkan kepada mahkamah untuk dianalisis.

Jelasnya, antara dokumen itu termasuk buku bertajuk Love and Peace yang dibungkus rapi dalam plastik.

Dalam perkembangan prosiding pada Khamis, saksi kanak-kanak ketiga tampil memberikan keterangan, memaklumkan bahawa dia terdengar nama Zara dipanggil ke dorm lain dan turut mendengar perkataan-perkataan tertentu yang diucapkan oleh pelajar lain semasa sesi soal siasat terhadap Zara.

Saksi itu juga menyatakan bahawa pelajar yang menyoal siasat Zara berada dalam keadaan marah dan mengesahkan ada melihat lencana bendera serta sepucuk surat yang dikatakan milik mangsa.

Sementara itu, Shahlan berkata, Hakim Koroner turut mengekalkan keputusan bahawa wakil media tidak dibenarkan hadir dalam prosiding inkues atas faktor keselamatan dan perlindungan saksi kanak-kanak.

“Namun begitu, dia (Koroner) berkata segala info pasal prosiding boleh diperolehi daripada peguam-peguam yang berada dalam prosiding,” ujarnya.

Sementara itu, inkues akan bersambung pada Jumaat dengan dua lagi saksi kanak-kanak dijangka tampil memberi keterangan.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

17 pesakit terselamat, siling wad kanak-kanak dan wanita terbakar

17 pesakit terselamat, siling wad kanak-kanak dan wanita terbakar

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai