Segeralah jirus api dalam sekam

TELAH banyak kita perkatakan halangan luaran yang dihadapi Kerajaan Perpaduan dalam mengorak langkah memperbetul hala tuju negara.

Kita sedia maklum halangan luaran itu berkaitan dengan kerenah dan onar pembangkang yang tidak henti-henti berperanan sebagai budak nakal.

Dalam sesi Parlimen mereka tampil dengan kelakuan yang tidak matang, hujah yang tidak relevan, dan isu yang diragui kredibiliti sumbernya.

Di luar Parlimen pula mereka galak mencetuskan isu 3R, seolah-olah tiada modal lain untuk menarik sokongan rakyat.

Itu halangan luaran yang dimaksudkan dalam naratif ini.

Kali ini saya mahu sentuh sedikit halangan dalaman yang perlu kita beri perhatian jika kita benar-benar mahu membantu Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan bergerak mencapai matlamat.

Saya kemukakan satu isu sahaja dulu – api dalam sekam.

Dalam setiap kementerian ada manusia jenis ini dan mereka itu sebenarnya musuh namun diam membakar kerajaan secara perlahan-lahan.

Di hadapan menteri mereka bukan main lagi tunduk hormat, tandatangan surat aku janji untuk bersetia berkhidmat.

Di belakang menteri mereka melaksanakan kerja jahat dengan pelbagai cara, paling ‘sopan’ pun mereka membiarkan penderhakaan berlaku di depan mata.

Ada sahaja kelakuan jelik timbul namun dibiarkan sekalipun mereka ada kuasa mengekangnya.

Hal sebegini haruslah diuruskan dengan baik oleh semua kementerian. Jangan sampai kelalaian ‘anda’ menyebabkan Perdana Menteri terbeban.

Kali ini saya bercakap secara umum dahulu namun jika kebejatan itu berterusan, saya akan merincikannya.

Jangan pula nanti ada pihak tersinggung. Demi kebaikan negara, bertindaklah dengan tegas.

Terlalu banyak musang di persekitaran kita dan makhluk itu terus mengganas.

Jangan biarkan itu berterusan. Hadamilah peringatan ini.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok