Nenggiri kemenangan buat Ku Li – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Kemenangan Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Nenggiri adalah ‘kemenangan’ veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Dr Ibrahim Ali berpendapat, UMNO hanya sekadar mendapat tempias kerana Gua Musang adalah kubu kuat Ku Li yang tidak pernah kalah sejak merdeka kecuali kalah pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) lalu.

“Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Nenggiri ini adalah kemenangan Tengku Razaleigh secara peribadi. Cuma tempias itu, dapatlah kepada UMNO sedikit. Lembu punya susu, sapi dapat nama.

“Harus diingat, Nenggiri ini di dalam Gua Musang dan asalnya kubu kuat UMNO sejak merdeka dan Tengku Razaleigh tidak pernah kalah 10 kali bertanding kecuali PRU15 lalu,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press pada di ibu pejabat Putra, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, PRK kali ini, Ku Li turun padang berkempen lebih kepada mahu menebus maruahnya kerana kalah pada PRU15 dan membawa kemenangan calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang dengan majoriti 3,352 undi dengan memperolehi 9,091 undi.

Tambahnya lagi, pengundi di kawasan Nenggiri juga adalah kecil dan pengundi Melayu hanya bertambah beberapa ratus orang berbanding pilihan raya terdahulu.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) juga begitu yakin setelah menang di PRK Sungai Bakap dan kehadiran Ku Li juga seolah-olah perangkap buat parti pembangkang itu kalah di kawasan tersebut.

“Jadi kesimpulannya, apabila DUN itu pengundinya sedikit dan ada Orang Asli, asalnya kubu kuat UMNO dan Perikatan Nasional (PN) pula baru lepas menang di Sungai Bakap di Pulau Pinang yang ada DAP.

“Maka bila berlaku PRK DUN Nenggiri di bawah kerajaan Pas, PN terkejut dan mengambil ringan dan ‘overconfident’.

“Itu sebabnya PN terperangkap apabila Tengku Razaleigh turun padang,” katanya.

Related Posts

Puad persoal idea ekonomi Hamzah, tindakan Rafizi lepas kerusi Pandan

UCAPAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika membahaskan Belanjawan 2027 tiada perkara baharu atau cadangan alternatif yang jelas, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: Senarai calon PH hampir muktamad, capai 95 peratus

KUALA LUMPUR – Perbincangan mengenai senarai calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah mencapai lebih 95 peratus. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pengumuman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar