134,916 penagih dadah direkod enam bulan pertama 2025

KUANTAN – Seramai 134,916 penagih direkodkan di seluruh negara setakat Jun lalu, menunjukkan ancaman dadah semakin serius dan membimbangkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data itu memberi gambaran isu dadah bukan masalah kecil, sebaliknya satu ancaman besar terhadap kestabilan sosial dan ekonomi negara.

“Di Pahang sahaja, dalam tempoh sama, seramai 9,452 penagih direkodkan dengan kadar penagihan bersamaan 567 orang bagi setiap 100,000 penduduk.

“Kebanyakan penagih membabitkan golongan muda berusia 15 hingga 35 tahun,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Jelajah Pahang Teguh Dadah Terkawal 2025 yang disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Bandar Tun Abdul Razak Jengka, dekat Maran, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Saifuddin berkata, dadah sintetik seperti methamphetamine dan ketamin kekal menjadi pilihan utama penagih berbanding dadah tradisional.

Katanya, keadaan di kawasan FELDA di Pahang turut membimbangkan apabila faktor seperti kurang aktiviti sosial berfaedah, pengabaian aspek pendidikan dan kelemahan pengawasan komuniti menjadikan kawasan itu lebih terdedah kepada masalah dadah.

Related Posts

Dasar Hari Bekerja Hibrid penjawat awam berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR – Dasar Hari Bekerja Hibrid (HBH) bagi penjawat awam Persekutuan mula berkuat kuasa hari ini, memperkenalkan kaedah kerja baharu yang membolehkan pegawai bertugas selama tiga hari di pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5,000 pelarian Rohingya bakal dihantar pulang, KDN mula proses dokumentasi

BUKIT KAYU HITAM – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasi dan menjalankan tapisan terhadap pelarian Rohingya sebagai persediaan untuk menghantar pulang 5,000 warga Myanmar susulan persetujuan kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jasa penderma darah terus dihargai

Jasa penderma darah terus dihargai

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Pesta Makan Tahun Kedayan pacu pembangunan sosioekonomi Limbang

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Ismail Lasim angkat sumpah Menteri Besar Negeri Sembilan ke-13

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Komuniti Kampung Teh pelajari pembuatan sabun mesra alam

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa

Sabah perhebat promosi pelancongan berimpak tinggi tarik pelawat antarabangsa