70,000 pengunjung dijangka rancakkan Pesta Benak Sri Aman 2025

SRI AMAN – Penganjuran Pesta Benak Sri Aman 2025 dijangka bakal menarik kira-kita 70,000 pengunjung dalam tempoh tiga hari penganjurannya yang bermula 19 hingga 21 September ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata, lebih 600 lot gerai jualan turut memeriahkan Pesta Benak kali ini yang menjual pelbagai jenis barangan termasuklah kraf tangan serta produk tempatan, gerai-gerai makanan bagi memenuhi kehendak dan permintaan pengunjung.

“Pihak kami juga menjangkakan yang akan berkunjung ke Pesta Benak 2025 ini adalah dari Semenanjung, Sabah dan bahkan juga dari negara Brunei, serta Indonesia,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Pesta Benak edisi ke-22 di tebingan Sri Aman, pada Sabtu.

“Pada penganjuran kali ini juga, pihak kami menjangkakan seramai 70,000 pengunjung akan berkunjung dalam tempoh tiga hari dan dua malam sepanjang pesta ini berlangsung,” jelas beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu menambah, pihaknya pada tahun ini telah menggunakan satu pendekatan atau strategi baharu dengan menambah baik beberapa perkara ekoran maklum balas daripada orang ramai selepas kejayaan penganjuran Pesta Benak tahun lepas.

Katanya, tujuan pendekatan ini dilaksana adalah bagi memastikan penganjuran Pesta Benak 2025 lebih meriah selain memberi keselesaan dan kepuasan kepada para pengunjung.

“Pada tahun ini, sebanyak 2 aktiviti baharu telah diadakan iaitu Festival Gendang Sarawak 2025 (FGS 2025) dan Pentas Perpaduan selain terdapat lapan lagi program yang dirangka antaranya Benak Road Trail-Run, Miss Tourism Benak 2025, pameran pembangunan, pameran dan gerai usahawan, bazaar ria benak, pentas kebudayaan, dan ATM bersama Komuniti Benak.

“Penganjuran Pesta Benak ini bukanlah sekadar sebagai acara tahunan yang telah diwartakan dalam kalendar pelancongan, tetapi sebagai satu platform untuk mengetengahkan Bandar Simanggang sebagai lokasi yang ikonik dan sinonim dengan fenomena “benak” selain hubungan antara masyarakat dan agensi kerajaan dapat dikukuhkan,” ujarnya.

Raja Sungai Regatta Benak Batang Lupar bakal membawa pulang ganjaran wang tunai berjumlah RM25,000 beserta piala dengan hadiah keseluruhan terkumpul adalah RM135,560.

Foto: Pejabat Residen Bahagian Sri Aman

Related Posts

Jawatankuasa Kabinet ditubuh perkasa penggunaan produk tempatan

SANDAKAN – Kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Kabinet bagi memperkasa penggunaan dan pembelian produk tempatan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan gerakan Jom Malaysia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RCI TH tepat pada masanya, bukan ‘gula-gula politik’ PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Dakwaan langkah kerajaan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) bertujuan meraih sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, tidak dipersetujui…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Calon BN didakwa terlibat isu deklarasi saham RM12 juta

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Ceramah ‘perkauman’ Sanusi: MP DAP desak MCA nyatakan pendirian

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Sektor pertanian Pahang penyumbang kedua terbesar negara

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Penduduk Linggi iktiraf sentuhan Aminuddin ubah wajah Negeri Sembilan

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

Pesta Tarian Naga dan Singa rancakkan ekonomi, eratkan perpaduan di Mukah

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI

JKOM Sarawak santuni komuniti Tatau menerusi Program Hasrat MADANI