Polis bantuan cedera, pondok kawalan dirempuh treler

KUANTAN – Seorang anggota polis bantuan berusia 23 tahun cedera selepas pos kawalan tempat dia bertugas di FELDA Kechau 8, dekat Lipis, dirempuh treler, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, kemalangan jam 9.50 pagi itu turut menyebabkan pemandu treler berusia 28 tahun cedera.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas treler tanpa muatan itu yang sedang dalam perjalanan dari Kampung Sungai Temau ke Kuantan terbabas.

“Treler itu merempuh pos pengawal dan melanggar sebuah kereta diletakkan berhampiran tempat kejadian.

“Seorang anggota polis bantuan yang berada di dalam pos pengawal cedera manakala seorang lagi anggota berusia 32 tahun terselamat.

“Rempuhan itu menyebabkan bumbung dan dinding pos pengawal runtuh serta menghempap motosikal milik seorang daripada mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Ismail berkata, pemandu treler dan polis bantuan yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut.

Katanya, punca sebenar kejadian sedang disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan