Van Dijk bantu Liverpool atasi Atletico

KAPTEN Liverpool, Virgil van Dijk muncul wira apabila menanduk gol pada masa kecederaan untuk menewaskan Atletico Madrid 3-2 pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah di Anfield, awal pagi tadi.

Aksi itu seakan berakhir dengan keputusan seri selepas Marcos Llorente meledak dua gol untuk menyamakan kedudukan, namun tandukan Van Dijk hasil sepakan penjuru pada minit ke-92 memastikan tiga mata buat skuad bimbingan Arne Slot.

Ketegangan semakin memuncak apabila pengurus Atletico, Diego Simeone diarah keluar padang selepas terbabit dalam pertengkaran dengan penonton hanya beberapa minit sebelum wisel penamat.

Bintang Mesir, Mohamed Salah turut mencatat nama sebagai penjaring selain menghasilkan satu bantuan jaringan pada malam penuh debaran itu, yang menyaksikan penampilan sulung pemain termahal Britain, Alexander Isak bersama Liverpool.

Skuad tuan rumah bermula garang dengan dua gol pantas dalam enam minit pertama.

Andy Robertson membuka tirai jaringan pada minit keempat apabila sepakan percuma Salah terkenanya lalu menerjah gawang Jan Oblak.

Salah kemudian menggandakan kelebihan dua minit selepas itu dengan larian solo menewaskan tiga pemain lawan selepas melakukan satu-dua pantas bersama Ryan Gravenberch sebelum melepaskan rembatan deras ke penjuru gawang.

Namun Atletico bangkit dan Llorente merapatkan jurang tepat sebelum rehat, kemudian meledak gol kedua pada minit ke-81 menerusi voli kencang.

Aksi itu mengingatkan kembali kenangan pahit buat Liverpool, apabila Llorente pernah menjadi wira Atletico di Anfield pada tahun 2020 dengan dua jaringan yang menyingkirkan Reds dari pusingan 16 terakhir.

“Marcos memang suka stadium ini, dia ulangi prestasi hebat di sini. Kami bermain dengan semangat tinggi, tetapi akhirnya kami kalah. Kadang-kadang itulah bola sepak,” kata Simeone.

“Kami terus menekan, kami temui jalan sekali lagi. Ia satu lagi malam Eropah yang hebat di sini. Hari ini saya yang bertuah dengan gol kemenangan,” kata Van Dijk.

Robertson pula mengakui Liverpool perlu belajar untuk menutup perlawanan lebih awal.

“Apabila anda mendahului 2-0 dan bermain dengan baik, sepatutnya ia jadi malam yang lebih mudah,” kata Robertson.

Isak, yang dibeli dengan harga 125 juta pound (RM720 juta) dari Newcastle United pada tarikh tutup perpindahan, beraksi selama 58 minit tetapi gagal mencuri tumpuan selepas dua percubaannya mudah dinafikan Oblak.

Related Posts

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

KERAJAAN Pahang melalui Majlis Sukan Pahang memperuntukkan perbelanjaan RM12 juta bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026. “Peruntukan ini membabitkan pembangunan atlet, latihan pusat, program pelapis, kejurulatihan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah sah sertai Trabzonspor

TRABZONSPOR mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (AS$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi. Anak syarikat bola sepak Trabzonspor yang merupakan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU tidak dalam masa terdekat, Kerajaan Perpaduan kekal hingga akhir penggal – Fahmi

PRU tidak dalam masa terdekat, Kerajaan Perpaduan kekal hingga akhir penggal – Fahmi

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

Sarikei perlu perkasa kemudahan kesihatan, pendidikan dan sukan

JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

JKKK Penampang diseru bersatu jayakan Pelan Induk Pembangunan 2024–2035

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

RCI Tabung Haji: Agong titah siasatan ‘sehingga ke lubang cacing’

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

AMK persoal pendirian BN tuntut 21 kerusi PRN Melaka

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis

33 bulan PN berkuasa, RCI Tabung Haji sepatutnya boleh didedah lebih awal – Penganalisis