Selangor komited jayakan PuTERA35

KERAJAAN Negeri Selangor komited bagi menjayakan Pelan Transformasi Bumiputera 2035 (PuTERA35) yang diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Isnin.

Menerusi hantaran Facebook, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yakin pelan tersebut mampu memberi kesan dan manfaat kepada semua kaum.

“Insya-Allah, Kerajaan Negeri Selangor akan terus menyokong aspirasi Kerajaan dalam menjayakan Pelan Transformasi Bumiputera 2035 yang mampu memberi kesan manfaat kepada semua kaum dalam aspek pembangunan dan kemajuan negeri Selangor dan negara ini.

“Negeri Selangor akan memastikan apa yang diaspirasikan dalam PuTERA35 dapat dilaksanakan dengan jayanya demi kesejahteraan rakyat,” catatnya.

Beliau yang turut hadir pada majlis peluncuran itu berkata, PuTERA35 merupakan pelan komprehensif merentas lebih satu dekad, yang tidak bersifat eksklusif kepada Bumiputera sahaja, malah turut memanfaatkan kaum lain.

Menurutnya, penyediaan PuTERA35 difahamkan mengambil kira pandangan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang melibatkan usaha bersepadu semua pihak berkepentingan daripada sektor awam dan swasta, termasuk golongan bukan Bumiputera.

Tambahnya, PuTERA35 dibangunkan dengan hasrat untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi, meningkatkan taraf dan kualiti hidup Bumiputera juga untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum di Malaysia.

“Tiga matlamat utama PuTERA35 iaitu membangunkan Bumiputera yang bercirikan dinamik dan futuristik yang mampu mendepani isu serta cabaran semasa dan yang akan datang; menetapkan sasaran yang lebih jelas bagi pengukuran tahap penyertaan, pemilikan dan penguasaan ekonomi Bumiputera yang lebih bermakna; dan membangunkan mekanisme pemantauan yang lebih berkesan melalui penetapan pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan setiap ikhtiar,” katanya.

Related Posts

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) bagi memperkukuh tatakelola institusi berkenaan serta memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

AYER KEROH – Kestabilan politik perlu terus dipelihara bagi memastikan kesinambungan pembangunan ekonomi negara, terutama ketika Malaysia berdepan ketidaktentuan geopolitik global, kata bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak