Bersatu di ambang krisis, pertembungan tumpu antara Muhyiddin-Hamzah

PERGOLAKAN dalaman Bersatu semakin memuncak apabila pertembungan utama dalam parti itu dikenal pasti antara Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan berkata, walaupun sebelum ini wujud tanggapan bahawa wujud kem antara Muhyiddin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhadapan kem Hamzah, realitinya pertembungan sebenar adalah antara Muhyiddin dan Hamzah sendiri.

“Saya anggap hanya ada dua kem dalam Bersatu iaitu kem Muhyiddin-Azmin dan kem Hamzah Zainuddin.

“Dan apa yang berlaku sekarang ini berpunca daripada gesaan akar umbi yang melihat bahawa Hamzah adalah presiden yang sepatutnya berada dalam Bersatu itu untuk menggantikan Muhyiddin.

“Dan mereka mahukan Muhyiddin berundur, bukan berundur sepenuhnya tapi menjadi penasihat kepada presiden Bersatu iaitu Hamzah.

“Jadi pertembungannya yang saya melihat sekarang adalah bukan pertembungan Muhyiddin-Azmin tapi lebih kepada pertembungan Muhyiddin-Hamzah Zainuddin,” katanya.

Suasana di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam pada Sabtu turut menggambarkan pergolakan itu.

Perhimpunan yang pada awalnya berlangsung dengan tenang bertukar kecoh apabila Muhyiddin mengingatkan ahli supaya mematuhi perlembagaan parti, tetapi disambut dengan laungan tidak puas hati serta desakan agar beliau meletakkan jawatan.

Keadaan yang tegang itu diredakan sebahagian perwakilan, namun pada masa sama terdapat laungan ‘Hhidup Tan Sri’ sebagai tanda sokongan terhadap Muhyiddin.

Beliau turut menjangkakan bahawa perkembangan ini akan terus mencorakkan hala tuju Bersatu, sama ada kekal di bawah kepimpinan Muhyiddin ataupun beralih kepada Hamzah, sekali gus menentukan masa depan parti itu dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan