Akta Orang Asli 1954 akan dipinda

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI akan meminda Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) serta beberapa pendekatan baharu dalam memulangkan semula hak kepada masyarakat Orang Asli, selain meningkatkan mobiliti sosial golongan terbabit.

Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bertujuan membolehkan masyarakat Orang Asli mampu bersaing secara positif dalam bidang kerjaya, selain berupaya ‘berdiri sama tinggi, duduk sama rendah’ dengan kaum lain di negara ini.

“Banyak saya pelajari ketika melawat Orang Asli di New Zealand sebelum ini. Ia membabitkan tindakan dilakukan mereka di mana hak golongan ini dikembalikan sehingga memiliki industri tenusu, perladangan dan lain-lain yang kemudiannya dieksport.

“Insya-Allah kita akan lakukan (reformasi bagi masyarakat Orang Asli), bukan sahaja melalui pindaan Akta 134, tetapi beberapa pendekatan baharu agar taraf kehidupan Orang Asli meningkat,” katanya pada sesi lisan di Dewan Negara, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad mengenai sasaran meningkatkan pembabitan Orang Asli berkhidmat dalam Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) memandangkan tiada kakitangan membabitkan masyarakat itu dilantik secara tetap, pada 2023.

Sementara itu, Ahmad Zahid memaklum,kan, jumlah golongan profesional dalam kalangan masyarakat Orang Asli mencatatkan peningkatan dengan lebih 20 individu memiliki taraf pendidikan di peringkat doktor falsafah (PhD).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ini membuktikan kerajaan tidak meminggirkan masyarakat Orang Asli, selain meletakkan keutamaan untuk mereka menerima peluang pendidikan serta terbabit dengan penuh komitmen.

“Murid sekolah rendah dan menengah misalnya, pengangkutan diberikan kepada mereka, selain elaun bernilai RM4 sehari dan bantuan lain. Ini bertujuan menggalakkan peningkatan mobiliti sosial dalam kalangan Orang Asli.

“Pemberian insentif ini juga bagi membolehkan Orang Asli memperoleh kerjaya supaya mereka mampu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum lain di negara ini,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan