Kemerdekaan hakiki: Bukan nostalgia politik, tetapi realiti rakyat

MERDEKA itu bukan sekadar laungan, bukan juga sekadar pakaian atau bahasa yang kita guna. Merdeka itu hakikat – kuasa rakyat menentukan hala tuju negaranya tanpa lagi tunduk kepada kuasa asing. Malaysia sudah lebih enam dekad mengurus dirinya, memimpin dirinya, dan membuat keputusan untuk rakyatnya.

Namun, masih ada suara-suara yang cuba menafikan hakikat ini. Mereka menulis panjang lebar seolah-olah negara ini masih diperintah dari London, seolah-olah segala yang kita buat hanyalah mengikut telunjuk penjajah. Retorik seperti ini bukan sahaja mengelirukan, malah merendahkan semangat rakyat yang telah berkorban untuk membina Malaysia moden.

Bahasa bukan ukuran perhambaan

Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa kebangsaan. Ia bahasa pentadbiran, bahasa pendidikan, bahasa kebudayaan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terus memperkasakan bahasa ini dalam segala bidang. Ya, bahasa Inggeris turut digunakan – tetapi itu bukan tanda penjajahan, itu tanda kebijaksanaan.

Dunia hari ini dunia global. Menguasai lebih daripada satu bahasa adalah kekuatan, bukan kelemahan. Jepun, Jerman, China – semuanya menggunakan bahasa asing dalam diplomasi dan perdagangan. Mereka tidak hilang identiti, malah bertambah kuat. Malaysia juga begitu.

Sejarah bukan milik satu golongan

Sejarah kemerdekaan bukan milik satu parti atau satu kelompok. Ia lahir daripada pelbagai latar belakang: Islamis, nasionalis, sosialis, orang kampung, orang bandar, Melayu, Cina, India, semua berganding bahu. Cubaan menafikan sumbangan sesiapa adalah pengkhianatan terhadap perjuangan sebenar. Mengangkat satu pihak sambil menimbus yang lain adalah sikap tamak warisan, bukan penghargaan terhadap sejarah.

Islam dan raja tidak terkurung

Islam di Malaysia bukan sekadar simbol. Ia agama Persekutuan, termaktub dalam Perlembagaan, diperkukuh dalam pendidikan, undang-undang syariah, dan institusi kewangan Islam yang menjadi antara yang terbesar di dunia. Sistem Raja Berperlembagaan pula memberi kestabilan politik, menjamin perpaduan, dan melindungi rakyat. Menuduh ia sekadar boneka Barat adalah penghinaan terhadap kedaulatan bangsa.

Ekonomi dan pertahanan: Bijak menyusun, bukan menyembah

Malaysia membina jaringan perdagangan dengan seluruh dunia – Timur dan Barat. Ya, ada pelaburan asing, ada kerjasama pertahanan. Tetapi itu bukan tanda kita dijajah semula, itu tanda kita bijak bermain di pentas geopolitik. Negara kecil tidak mampu hidup bersendirian. Yang penting, rakyat mendapat manfaat, peluang pekerjaan terhasil, ekonomi terus berkembang.

Merdeka bukan retorik, tetapi tanggungjawab

Yang benar-benar mengkhianati kemerdekaan ialah mereka yang menakut-nakutkan rakyat dengan bayangan palsu – kononnya kita masih dijajah, kononnya raja hilang kuasa, kononnya bahasa terpinggir. Padahal, hakikatnya Malaysia berdiri teguh sebagai negara berdaulat.

Merdeka ini bukan retorik. Merdeka ini tanggungjawab. Dan tanggungjawab itu bukan milik segelintir pemimpin yang pandai bersyarah, tetapi milik rakyat yang setiap hari bekerja membina negara.

Kita tidak akan biarkan kemerdekaan ini diperkecilkan demi agenda politik. Merdeka ini milik rakyat, dan rakyatlah yang akan terus mempertahankannya.

“Main retorik tuler je Ayoh Chik ning, kiter dengor luga perut, acu gok jangan retorik ngat, mende tuler ulang-ulang, kalu ulang mende betul takpe, ni duk ulang mende hok lebong sokmo.”

Related Posts

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

ISU royalti petroleum kembali dipolemikkan seolah-olah wujud ketidakadilan besar terhadap negeri pengeluar seperti Terengganu. Namun, persoalan sebenar yang perlu ditanya bukanlah ‘berapa banyak negeri terima’, tetapi bagaimana sistem ini sebenarnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO