Pengundi muda perlu celik politik, bukan sekadar ikut sentimen

BUTTERWORTH – Golongan belia, khususnya pengundi muda, perlu memperkukuh literasi politik bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat dalam pilihan raya berdasarkan pengetahuan dan kefahaman yang tepat, bukannya dipengaruhi sentimen semasa atau kandungan tular di media sosial.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, pemahaman terhadap sistem politik, dasar kerajaan, ekonomi dan pentadbiran negara penting bagi membolehkan golongan muda membuat penilaian yang lebih matang serta tidak mudah dipengaruhi pihak tertentu.

Beliau berkata, anak muda tidak seharusnya menganggap politik sebagai sesuatu yang perlu dijauhi kerana bidang itu mempunyai pengaruh besar terhadap masa depan negara.

“Kita jangan alergi atau rasa kita perlu menjauhkan diri apabila bercakap soal politik kerana pada akhirnya wadah inilah yang menentukan masa depan dan hala tuju negara kita.

“Walaupun tidak berminat menyertai mana-mana parti politik, golongan muda tetap perlu mempunyai literasi politik supaya mereka memahami perkara berkaitan dasar, ekonomi dan pentadbiran negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Bersama Pemimpin POV Anak Muda Ketidakpastian Realiti: Siri 2 Zon Utara di sini, hari ini.

Menurutnya, hak mengundi yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan perlu digunakan dengan penuh tanggungjawab kerana pilihan yang dibuat akan menentukan corak kepimpinan dan pentadbiran negara.

Muhammad Kamil yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, kesedaran politik yang sihat amat penting terutama dalam kalangan pengundi muda yang bakal menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya akan datang.

Beliau turut menggesa golongan muda supaya meneliti setiap maklumat yang diterima, memahami dasar yang ditawarkan dan menilai prestasi pihak yang bertanding sebelum membuat pilihan.

“Sekiranya kita membuat keputusan tanpa literasi politik kita bimbang undian tersebut dibuat berdasarkan sentimen seperti melihat jumlah ‘likes’ atau perkongsian di media sosial dan bukannya berpandukan kesedaran sebenar.

“Mahasiswa dan golongan terpelajar perlu keluar daripada kepompong perbahasan emosional yang memecahbelahkan, termasuk isu kaum dan agama, sebaliknya mempamerkan kematangan dalam berbeza pandangan,” katanya.

Jelasnya, kematangan dalam berpolitik perlu dibina melalui pemikiran kritis dan penilaian berasaskan fakta agar masyarakat dapat menyumbang kepada pembangunan negara secara lebih konstruktif.

Related Posts

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih perlu menjalani hukuman di Penjara Kajang buat sementara waktu selepas pelaksanaan tahanan rumah yang diperkenankan kepadanya tertakluk kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Tahanan rumah belum bermula, Najib kekal di Penjara Kajang

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana?

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ikut prosedur, undang-undang dalam isu Tasek Bera

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Ribuan pengunjung meriahkan Pertandingan Perahu Naga Pesta Limbang 2026

Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

  • By Fandi
  • September 20, 2026
Jalan Sim-Sim ditutup selepas tanah runtuh sepanjang 150 meter

ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan

  • By Fandi
  • September 20, 2026
ESSCOM-AS tingkat kesiapsiagaan pengurusan kecemasan