Kerajaan peruntuk geran lebih RM36 juta perkukuh Rukun Negara, Patriotisme dan Integriti Nasional

KOTA KINABALU – Kerajaan MADANI mengumumkan peruntukan lebih RM36 juta bagi memperkukuh penghayatan Rukun Negara bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda serta memperkasakan budaya integriti nasional sebagai asas pembangunan negara yang mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kerajaan untuk memperkukuh perpaduan nasional, identiti kebangsaan dan tata kelola berintegriti dalam menghadapi cabaran masa depan negara.

“Kerajaan akan menyediakan geran aktiviti sebanyak RM10,000 kepada 189 Sekretariat Rukun Negara (SRN) di institusi pengajian tinggi seluruh negara bagi melaksanakan program kenegaraan, patriotisme dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa.

“Selain itu, kerajaan turut menyediakan geran RM5,000 kepada 6,849 Kelab Rukun Negara (KRN) di sekolah-sekolah seluruh negara bagi menghidupkan amalan serta penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara sejak di peringkat awal persekolahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan Tahun 2026, di sini, pada Sabtu.

Anwar berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan nilai-nilai kenegaraan, perpaduan dan tanggungjawab sebagai warganegara dapat diterapkan secara berterusan dalam kalangan generasi muda.

“Berdasarkan jumlah geran yang diumumkan, kerajaan dijangka menyalurkan hampir RM36.1 juta bagi memperkukuh aktiviti berkaitan Rukun Negara di sekolah dan institusi pengajian tinggi seluruh negara,” katanya

Menurut Perdana Menteri, inisiatif berkenaan dijangka melahirkan lebih ramai Duta Kecil Rukun Negara, selain memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai kaum dan latar belakang.

“Saya tegaskan, kepentingan mengaktifkan semula Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sebagai platform yang lebih berkesan untuk meningkatkan interaksi dan integrasi nasional dalam kalangan murid.

“Pendekatan tersebut mampu mengukuhkan hubungan antara komuniti pelajar pelbagai kaum sekali gus memperkukuh keharmonian sosial yang menjadi asas kestabilan negara,” ujarnya.

Dalam usaha memperkukuh identiti nasional dan kesedaran sejarah, jelasnya, kerajaan juga akan mempertimbangkan penyediaan Geran Padanan berjumlah RM5 juta menerusi Belanjawan 2027 bagi menyokong usaha yang diterajui oleh Arkib Negara Malaysia.

“Peruntukan itu bertujuan menghidupkan semula 10 Memorial Negarawan di seluruh negara, mempercepatkan proses pendigitalan khazanah sejarah negara serta melaksanakan pameran interaktif di lokasi tumpuan awam termasuk institusi pendidikan, pusat beli-belah dan hab pengangkutan.

“Langkah tersebut penting bagi memastikan sejarah perjuangan negara dapat diakses dengan lebih meluas, khususnya oleh generasi muda yang semakin bergantung kepada platform digital sebagai medium pembelajaran.

“Saya mencadangkan agar Kerajaan Negeri Sabah mempertimbangkan penyediaan tapak yang bersesuaian untuk pembangunan Memorial Negarawan Sabah sebagai simbol penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh yang telah membentuk sejarah negeri dan negara,” ujarnya.

Tambahnya, usaha terbabit penting bagi memastikan sumbangan pemimpin dan tokoh terdahulu terus dikenang serta menjadi sumber inspirasi kepada generasi akan datang.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET