Bersatu dan Pas main wayang, rakyat terus jadi mangsa

PERHIMPUNAN Agung Tahunan Bersatu dengan gahnya meluluskan usul Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri. Kononnya inilah jawapan kepada masalah rakyat.

Tetapi kita semua tahu, jawatan Perdana Menteri bukan boleh ditentukan dalam dewan parti, apatah lagi oleh parti yang semakin layu tanpa pengaruh besar di Parlimen. Kuasa menentukan PM adalah milik rakyat melalui pilihan raya, bukan sekadar tepukan tangan ahli parti.

Lebih lucu, Pas pula cuba menonjolkan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai ‘calon Perdana Menteri baharu’ kononnya mewakili kepimpinan muda.

Soalnya, apa rekod Dr. Samsuri di Terengganu? Negeri kaya dengan royalti minyak tetapi rakyat masih dibelenggu pengangguran, peluang ekonomi yang sempit, dan pelaburan asing yang tidak masuk kerana tiada keyakinan terhadap pentadbiran Pas.

Jika negeri sendiri pun tidak mampu diurus dengan cekap, bagaimana mahu mengurus sebuah negara?

Pas dan Bersatu sebenarnya sedang berkelahi dalam diam. Seorang mahu Muhyiddin, seorang lagi mahu Samsuri.

Di hadapan rakyat, mereka pura-pura berpakat. Tetapi realitinya, mereka hanya sibuk berebut siapa yang akan duduk di kerusi Perdana Menteri sedangkan rakyat sedang berebut untuk isi minyak, beli beras, dan bayar bil elektrik.

Kita jangan lupa, ketika Muhyiddin berkuasa dahulu, negara dibawa ke jalan buntu: ekonomi merudum, darurat diisytiharkan, dan kestabilan politik tergadai. Kini, beliau mahu ‘second chance’? Rakyat sudah menilai, rakyat tidak lupa.

Dan Samsuri pula hanya ‘calon eksperimen’ Pas untuk menguji nasib. Jika gagal di peringkat negeri, akan gagal juga di peringkat nasional. Malaysia bukan tempat untuk latihan politik atau eksperimen kepimpinan.

Negara ini memerlukan kepimpinan berwibawa, berintegriti dan berpijak di bumi nyata. Bukan Muhyiddin yang gagal, bukan Samsuri yang sekadar boneka, tetapi barisan kepimpinan yang benar-benar bekerja demi rakyat.

“Parok nissang pakat berebut nok jadi calon PM blake, Dr Sam pah ceroh duk umum projek bakal, Muhyiddin pah ceroh kabo die molek skali masa jadi PM, molek lah pakat gomol sama sendiri berebut.”

Related Posts

PRN Johor: Medan ujian politik baharu Malaysia

MALAYSIA sedang menyaksikan kemunculan satu gelombang politik baharu yang berbeza daripada landskap yang mendominasi negara selama beberapa dekad. Jika suatu ketika dahulu politik negara digerakkan oleh sentimen kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anak Terengganu terima gelaran Tun, lakar sejarah dalam institusi kehakiman negara

ANAK kelahiran Terengganu terus mengharumkan nama negeri di pentas nasional apabila Ketua Hakim Negara, Wan Ahmad Farid Wan Salleh, dianugerahkan Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun sempena…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai