Pearly-Thinaah lakar sejarah mara separuh akhir Kejohanan Dunia

BEREGU badminton wanita negara, Pearly Tan–M Thinaah mencipta sejarah apabila muncul pasangan pertama Malaysia yang memastikan pingat di Kejohanan Dunia selepas mara ke separuh akhir.

Pearly-Thinaah sebelum itu menundukkan gandingan Bulgaria, Gabriela-Stefani Stoeva, 21-15, 21-10 dalam tempoh 32 minit pada aksi suku akhir di Adidas Arena.

Kemenangan itu menjamin sekurang-kurangnya pingat gangsa buat Malaysia, sekali gus mengakhiri penantian panjang negara dalam acara beregu wanita di pentas berprestij badminton dunia.

Pasangan ranking kedua dunia itu kini menguasai rekod pertemuan 4-1 ke atas gandingan kembar Bulgaria berkenaan, selepas turut menewaskan mereka di Terbuka Jepun bulan lalu.

Pencapaian bersejarah ini hadir hanya pada penampilan keempat Pearly–Thinaah di Kejohanan Dunia, dengan pencapaian terbaik sebelum ini hanyalah mara ke suku akhir pada edisi 2023.

Dalam separuh akhir, Pearly-Thinaah akan berdepan pasangan ranking ketiga dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida yang menyingkirkan gandingan Korea Selatan, Kim Hye-jeong–Kong Hee-yong, 21-17, 21-14.

Related Posts

Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang