Program Kontiku Rumahku anjuran CATS FM semai gaya hidup sihat

KUCHING – Suasana pagi Jumaat di Neu Pendington, Jalan Datuk Merican Salleh, dimeriahkan dengan lebih 50 peserta yang menyertai aktiviti zumba anjuran radio tempatan pertama Sarawak, CATS FM, bersempena program ‘Kontiku Rumahku’.

Acara berkenaan diketuai oleh Kelab Zendexlicious bersama penggiat zumba sekitar Kuching yang tampil penuh bersemangat, sekali gus mewujudkan suasana riang dan ceria. 

Menurut Pengurus Program CATS FM, Fadzli Daud, sesi zumba yang berlangsung dari jam 8 pagi hingga 10 pagi itu bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan, malah berperanan sebagai wadah mengeratkan silaturahim antara peserta.

“Melalui program sebegini, kita dapat menyemai gaya hidup sihat sambil merapatkan hubungan sesama komuniti. Ia juga menunjukkan sokongan masyarakat terhadap aktiviti riadah bersama,” katanya ketika ditemui oleh media. 

Lebih menarik, siaran luar CATS FM turut berlangsung serentak dari jam 6 pagi hingga 4 petang dengan kehadiran semua penyampai popularnya termasuk Fir Affandi, Mia Manja, Elya Nabila dan Maxwel Franklin Saran, yang turut berinteraksi bersama pendengar secara langsung di lokasi.

Program itu turut mendapat kerjasama UDA Property dengan penglibatan kakitangannya bersama warga kerja CATS FM. 

Inisiatif ini jelas memperlihatkan semangat kebersamaan dalam menjayakan aktiviti yang bukan sahaja menyihatkan badan, malah memperkukuh hubungan masyarakat setempat.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan