Kerajaan Persekutuan terus sokong Sarawak perkukuh budaya integriti

KUCHING – Semua agensi Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan sokongan kepada usaha Sarawak dalam memperkukuhkan budaya integriti di negeri ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, integriti merupakan asas utama kepercayaan rakyat terhadap kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

“Tanpa integriti, segala kemajuan yang dibina tidak akan berkekalan, malah boleh runtuh akibat hilang kepercayaan, salah guna kuasa dan penyelewengan,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Integriti Sarawak 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), pada Khamis. 

Majlis tersebut disempurnakan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, Sarawak kini melangkah yakin melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 ke arah pertumbuhan inklusif dan mampan.

 Oleh itu, ujar beliau, setiap penjawat awam di semua peringkat mesti menjadikan integriti sebagai prinsip utama dalam pengurusan, perancangan serta pelaksanaan dasar.

Shamsul turut mengingatkan agar setiap penjawat awam di Sarawak menjadi contoh kepada masyarakat dengan memastikan setiap sen dibelanjakan, setiap keputusan yang dibuat serta setiap amanah yang dipikul benar-benar ditunaikan demi rakyat.

“Bagi masyarakat umum, integriti bukan hanya tanggungjawab penjawat awam semata-mata, tetapi merupakan amanah bersama. Integriti bermula daripada individu, keluarga, komuniti, dan amalan seharian,” katanya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali