Filem ‘Denu’ angkat tema Makyung

KUANTAN – Majlis Kebudayaan Negeri Pahang menganjurkan sesi tontonan filem ‘Denu’ hasil karya Datuk Ahmad Tamimi Siregar di sebuah pawagam, dekat sini, semalam.

Tontonan amal itu sebagai tanda sokongan kepada karya yang mengangkat tema seni budaya tradisional masyarakat Melayu.

Filem ‘Denu’ yang menggunakan 100 peratus dialek Kelantan, dibarisi pelakon terkenal seperti Sabri Yunus, Nad Zainal dan Hairi Safwan.

Mengangkat tema Makyung, filem berkenaan menceritakan pertembungan antara tanggungjawab memartabatkan seni persembahan itu dan mengaut keuntungan segera.

Sepanjang 1 jam 50 minit tayangan berlangsung, penonton juga diajak berfikir mengenai peranan seni budaya dalam perjuangan memerdekakan negara.

Sesi tayangan malam tadi dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang, Rizal Ismail; Pengerusi Senika Pahang, Ifhamudin Mohamed dan Pengerusi Kelab Teater Rajuk, Abdullah Karim @ AK Hidayat.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan