Sabah Electricity, UMS meterai MoA perkukuh kepimpinan organisasi

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bagi memperkukuh pembangunan kepimpinan organisasi melalui pelaksanaan ‘Strategic Business Leadership Program’.

Program selama 24 bulan berkenaan akan disertai seramai 20 barisan pengurusan atasan Sabah Electricity yang dijangka bermula September depan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Datuk Ir. Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, menerusi program itu, ia akan memperkukuhkan barisan kepimpinan syarikat terbabit dengan meningkatkan kemahiran dan  literasi kewangan.

“Ini sekali gus membantu pemikiran strategik perniagaan dalam usaha melahirkan barisan pengurusan yang berupaya untuk memimpin serta mengekalkan pertumbuhan organisasi dalam persekitaran industri yang dinamik,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad. 

Dalam pada itu, Mohd Yaakob turut menegaskan bahawa pembangunan modal insan adalah asas kepada kemajuan syarikat.

“Pembangunan modal insan akan dapat mengukuhkan oganisasi melalui peningkatan kecekapan, kemahiran dan pengetahuan pekerja yang membolehkan mereka menyumbang secara efektif kepada organisasi.

“Bila anggota kerja berkembang, organisasi akan turut maju,” katanya.

Difahamkan, Sabah Electricity dan UMS turut meneroka kerjasama masa depan yang merangkumi inisiatif pembangunan bakat bagi memperkukuhkan keupayaan tenaga kerja sedia ada serta membuka peluang pencarian bakat melalui pengambilan graduan UMS berpotensi untuk menyertai industri tenaga. 

Pada masa yang sama, kedua-dua pihak juga sedang menilai penubuhan ‘Transformer Oil Lab’ dan ‘High Voltage Lab’ di UMS, di samping memperkukuhkan kerjasama antara pakar teknikal Sabah Electricity dan penyelidik UMS bagi menjayakan agenda penyelidikan, pembangunan, serta inovasi dalam bidang tenaga elektrik.

Terdahulu, perjanjian itu ditandatangani Mohd Yaakob dan Setiausaha syarikat, Zunaidah Osman manakala UMS diwakili Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor dan Pendaftar Universiti, Luqman Ridha Anwar yang disakisikan Pengerusi Sabah Electricity, 

Saadiah Aziz dan Ketua Pegawai Sumber Manusia, Jait Aziz.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan