GRS liabiliti terbesar kepada rakan strategik gabungan – Datu Rosman

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini berada dalam kedudukan berisiko dan menjadi liabiliti terbesar kepada sesiapa sahaja rakan strategik yang cuba bergabung bersama gagasan tersebut, kata Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman.

Beliau juga bersetuju dengan kebimbangan yang disuarakan Pengerusi PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkaitan skandal rasuah dan salah guna kuasa pemberian lesen mineral di Sabah.

“Sehingga hari ini, isu kontroversi lesen mineral cari gali seluas 70,000 hektar di Sabah menjadi perkara yang paling jelas.

“Kontroversi ini bukan sekadar menunjukkan kelemahan pentadbiran malah sekali gus menjadikan GRS sebagai liabiliti politik yang serius merosakkan imej Sabah sebagai parti pemerintah kerajaan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Tambah Datu Rosman, masalah ketirisan dan integriti ini menimbulkan kemarahan rakyat dan telah menjadi bahan kritikan di peringkat nasional sehingga menjejaskan keyakinan pelabur.

“Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi Sabah Mineral Management (SMM) gagal mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Apatah lagi video-video yang melibatkan pemimpin GRS memperburukkan lagi imej negeri seterusnya menunjukkan GRS gagal mengurus isu kritikal yang menjejaskan rakyat dan negeri,” katanya.

Tegasnya, BN Sabah hanya akan bergabung dengan rakan strategik yang ikhlas dan mempunyai aspirasi yang sama iaitu berkhidmat untuk rakyat dan membela negeri Sabah.

“Bergabung bersama GRS hanya memberikan beban dan liabiliti yang sangat merugikan,” ujarnya.

Related Posts

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

KOTA KINABALU – Kota Belud, Penampang dan Sepanggar dikenal pasti antara kawasan utama yang dicadangkan untuk melalui kajian semula persempadanan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), selaras dengan keperluan semasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

England ke suku akhir lepas kalahkan Mexico

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

UPKO kemuka cadangan kajian semula persempadanan Kota Belud, Penampang, Sepanggar

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok