Ada keperluan umur persaraan dinaikkan kepada 65 tahun

KUALA LUMPUR – Terdapat keperluan untuk melaksana suatu dasar bagi menaikkan umur persaraan daripada 60 kepada 65 tahun bagi sektor swasta dan juga awam di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, keperluan itu didapati hasil Rangka Tindakan Penuaan Nasional yang dijalankan di bawah Kementerian Ekonomi.

Bagaimanapun katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak mahu terburu-buru dalam penetapan hal terbabit dan sedang melaksanakan kajian menyeluruh berhubung aspek berkenaan.

“Kajian itu merangkumi aspek kesihatan, produktiviti, peluang kenaikan pangkat pegawai muda dan implikasi fiskal jangka pendek serta panjang.

“Umur persaraan kini masih lagi kekal di usia 60 tahun sebagaimana termaktub dalam Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan (Akta 239),” katanya pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, dalam perbincangan dengan Cuepacs, beberapa aspek perlu diteliti dengan lebih lanjut, iaitu perkara berkaitan peningkatan umur persaraan akan dibuat secara berperingkat.

“Selain itu, pegawai juga perlu diberi pilihan umur persaraan, pegawai yang memilih untuk berpencen pada umur 65 tahun hendaklah lulus pemeriksaan kesihatan serta psikometrik.

“Prinsip melanjutkan usia persaraan juga adalah bagi mengekalkan pegawai yang kompetensi dan benar-benar diperlukan kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zaliha memaklumkan, kerajaan akan mengambil pendekatan yang komprehensif dalam kajian bagi menentukan umur persaraan yang bersesuaian.

Katanya, ia turut mengambil kira aspek kemampuan kewangan kerajaan, sama ada dalam jangka pendek dan panjang.

“Turut diteliti adalah bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah holistik serta seimbang dengan mengambil kira kepentingan negara serta juga kebajikan penjawat awam secara keseluruhannya,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Dr Zaliha berkata, kajian Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) menjangkakan warga emas di ibu kota itu akan meningkat kepada 17.3 peratus pada 2040.

Atas dasar itu katanya, PSKL2040 mencadangkan penyediaan rumah persaraan berdikari, rumah dengan bantuan perubatan dan rumah penjagaan.

“Webanyak lapan tapak Perumahan Awam Sewa Bersubsidi (PASS) sudah dikenal pasti, termasuk dua di Bukit Bintang iaitu di pekan Salak Selatan dan Wayfield Sungai Besi untuk ditawarkan kepada golongan tidak berkemampuan, termasuk warga emas.

“Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040) turut mencadangkan pembangunan semula perumahan awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk menambah sekurang-kurangnya 20 peratus unit perumahan mampu milik,” katanya.

Related Posts

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

KERAJAAN Persekutuan akan terus komited memperkasa agenda pembangunan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat Johor meskipun Barisan Nasional (BN) diberi mandat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Bellingham sumbat 2 gol penting, bawa England ke separuh akhir

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan

Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin pembangunan Johor kekal jadi keutamaan