Harga RON95 turun, beri manfaat kepada 18 juta pemandu kereta dan penunggang motor

PUTRAJAYA – Janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga petrol RON95 akhirnya menjadi kenyataan apabila kerajaan mengumumkan harga bahan api itu akan diturunkan kepada RM1.99 seliter sebaik sahaja pelaksanaan subsidi bersasar dikuatkuasakan hujung September ini.

Beliau dengan nada sayu memohon maaf kepada rakyat atas kelewatan kerajaan menunaikan janji untuk menurunkan harga petrol RON95 berikutan Kerajaan MADANI mengambil masa lama dalam meneliti pelbagai aspek termasuk beban fiskal dan kedudukan kewangan negara yang mewarisi hutang tinggi sejak pentadbiran lalu.

“Saya minta maaf ambil masa lebih panjang (turunkan harga minyak) disebabkan hutang tinggi di samping mencari jalan untuk menarik pelabur masuk dan sekarang tersedia keperluan untuk turunkan harga minyak dari RM2.05 kepada RM1.99 seliter.

“Kerajaan kekal dengan perancangan menyasarkan subsidi petrol RON95 dengan perincian bakal diumumkan menjelang akhir September 2025. Apa yang pasti, sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, kerajaan beri jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas; bahkan, sukacita saya umumkan harga petrol RON95 akan turun untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat pengumuman penghargaan untuk rakyat Malaysia oleh Perdana Menteri yang turut disiarkan secara langsung di televisyen, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, insiatif tersebut tentunya akan memberi manfaat sekitar 18 juta pemandu kereta dan penunggang motosikal termasuk belia seawal usia 16 tahun serta pekerja gig.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, pendekatan bersasar ini sejajar dengan ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mengoptimum sumber negara bagi manfaat rakyat, dan mengurangkan pembaziran subsidi.

“Bagi tahun 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja dianggarkan menelan belanja hampir RM20 bilion setahun—sungguhpun tahun ini harga minyak dunia mengalami penyusutan, harga petrol RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter jauh lebih tinggi daripada harga bersubsidi untuk rakyat.

“Pada masa yang sama, warganegara asing perlu membayar pada harga pasaran tanpa subsidi. Harga RM1.99 hanya untuk dinikmati oleh warganegara Malaysia. Sebelum ini ada yang menjadi pejuang kepada (kenaikan minyak petrol) kepada orang asing dan kita nak lihat siapa akan jadi jaguh kepada warga asing selepas kita laksanakan penurunan minyak,” katanya.

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anjing liar: Penguatkuasaan diteruskan, namun mesti berperikemanusiaan – Amirudin

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan terus melaksanakan tindakan terhadap isu anjing liar yang boleh mengancam keselamatan awam, namun penguatkuasaannya mesti dilakukan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak bersifat kejam. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang