Paip HDPE selesai sementara isu kebocoran paip di FELDA Umas – Hassan

KALABAKAN – Penggunaan paip ‘high density polyethylene pipe’ (HDPE) berukuran 300 milimeter (mm) dicadang sebagai penyelesaian sementara bagi mengatasi isu kebocoran paip yang berlaku di Jalan FELDA Umas, Jalan Tawau-Kalabakan. 

Perkara itu diputusan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A. Gani Pg Amir pada Isnin di FELDA Umas. 

Hassan berkata, penyelesaian itu penting susulan kebocoran paip yang kerap berlaku akibat keadaan jalan yang rosak serta pergerakan tanah hingga menjejaskan bekalan air bersih kepada penduduk FELDA Umas. 

“Kita memohon pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)  mempertimbangkan kelulusan pemasangan paip tersebut demi kesejahteraan penduduk.

“Langkah ini dilihat sebagai penyelesaian jangka pendek yang mampu meringankan beban penduduk setempat sementara menunggu siapnya Loji Rawatan Air baharu di Umas 6,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, pada Selasa. 

Menurut Hassan, akan terus memperjuangkan keperluan asas rakyat termasuk isu air bersih dan infrastruktur di kawasan luar bandar.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu