72 usahawan tamu terima kanopi, beri laluan kepada projek naik taraf Kepayan Square

PENAMPANG – Seramai 72 usahawan tamu di kawasan Kepayan Square (Kepayan Rumah Murah) menerima sumbangan kanopi, meja dan kerusi sebagai persediaan pemindahan sementara ke tapak baharu bagi memberi laluan kepada pelaksanaan projek naik taraf kawasan tersebut.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick pada Selasa.

Ewon berkata, pemindahan sementara itu bagi membolehkan pembinaan bumbung atap Kepayan Square serta kerja-kerja yang berkaitan dapat dilaksana dengan lancar.

“Sebaik dipilih menjadi Ahli Parlimen Penampang, saya bekerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan, Datuk Jannie Lasimbang untuk mendapatkan peruntukan bagi menaik taraf kemudahan di tempat ini.

“Saya melawat tempat ini pada tahun 2023 bersama YB Datuk Jannie dan pegawai-pegawai daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mengenal pasti skop pembangunan.

“Seterusnya YB Datuk Jannie dan saya mengutarakan keperluan peruntukan ini kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, saudara YB Nga Kor Ming pada tahun lepas,” katanya dalam sidang media selepas majlis Penyerahan Kanopi kepada Usahawan Tamu, di sini pada Selasa.

Jelasnya, kawasan perniagaan Kepayan Square akan dinaiktaraf menerusi peruntukan sejumlah RM2.4 juta daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), DBKK dan ADUN Kapayan.

“KPKT dan DBKK masing-masing akan memperuntukkan sebanyak RM1 juta, manakala Pejabat ADUN Kapayan akan menambah peruntukan sebanyak RM400,000.

“Datuk Jannie menyediakan peruntukan selaku ADUN Kepayan untuk menaik taraf kawasan sementara usahawan tamu.

“Saya pula menggunakan peruntukan sebagai Ahli Parlimen Penampang untuk membekalkan kanopi, meja dan kerusi kepada usahawan-usahawan tamu tersebut,” katanya.

Justeru, beliau berharap projek naik taraf itu bukan hanya memberi manfaat kepada para usahawan tamu dan pengunjung tetapi juga kepada pemilik-pemilik kedai sedia ada di kawasan ini.

“Selain itu, masyarakat setempat juga boleh menggunakan kemudahan ini untuk acara seperti sambutan perayaan Tahun Baru Cina, program-program kerajaan dan pelbagai acara kemasyarakatan lain,” ujarnya.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar