Sarawak sumbang RM2.25 juta bantu operasi Teratak Kasih Tok Nan

KUCHING – Sarawak memperuntukkan sebanyak RM2.25 juta dalam tempoh tiga tahun bagi menyokong operasi dan pengambilan kakitangan Teratak Kasih Tok Nan, sebagai langkah memperkasa usaha negeri dalam memerangi penularan HIV dan AIDS.

Perkara itu diumumkan menerusi ucapan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa Majlis Makan Malam Gala Malaysian AIDS Foundation (MAF) 2025 di sebuah hotel terkemuka pada Sabtu malam.

Menurut teks ucapan tersebut, Teratak Kasih Tok Nan bukan sekadar pusat rawatan, sebaliknya menjadi simbol kasih sayang, harapan dan maruah kepada golongan yang memerlukan, khususnya penghidap HIV.

“Pusat ini adalah legasi penuh makna Allahyarham Tok Nan yang diteruskan oleh isteri beliau, Datuk Amar Jamilah Anu selaku Penaung MAF (Borneo),” katanya.

Abdul Karim berkata, Kerajaan Negeri turut menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama strategik antara MAF Sarawak dan sektor korporat seperti Sunway Group dan Yayasan Petronas dalam memperluas perkhidmatan Program Perkhidmatan HIV Berbeza untuk Populasi Utama (DHSKP) ke kawasan pedalaman.

“Model kerjasama tiga hala antara kerajaan, sektor swasta dan NGO merupakan pendekatan terbaik dalam memastikan komuniti yang terdedah tidak dipinggirkan, khususnya mereka yang tinggal jauh dari pusat kesihatan,” ujarnya.

Beliau turut menekankan stigma sosial terhadap penghidap HIV kekal sebagai cabaran utama meskipun rawatan perubatan telah banyak berkembang.

“Bagi mereka yang menghidap HIV, cabaran sebenar bukan hanya virus itu, tetapi pengasingan dan diskriminasi yang menyebabkan penderitaan berpanjangan. Ini adalah beban yang tidak sepatutnya mereka tanggung sendirian,” katanya.

Dalam majlis sama, kerajaan Sarawak turut mengumumkan peluasan Teratak Kasih Tok Nan ke Miri dan Bintulu bagi memastikan akses rawatan lebih menyeluruh di seluruh negeri.

Majlis berkenaan turut meraikan kehadiran delegasi dari rantau ASEAN yang menghadiri Dialog Serantau HIV/AIDS di Kuching, sekali gus memperkukuh komitmen bersama menangani isu kesihatan awam di peringkat serantau.

Related Posts

Lebih 100 kes curi kabel direkod, Selangor perhebat tindakan pencegahan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengakui kegiatan vandalisme dan kecurian kabel telekomunikasi masih menjadi ancaman serius terhadap infrastruktur digital negeri walaupun jumlah kes menunjukkan penurunan pada suku pertama tahun ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Johor ada acuan sendiri, UMNO yakin bergerak solo tanpa gabungan

TANJUNG PIAI – UMNO Johor menegaskan pendirian untuk terus bergerak secara solo dan bersedia bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 100 kes curi kabel direkod, Selangor perhebat tindakan pencegahan

Lebih 100 kes curi kabel direkod, Selangor perhebat tindakan pencegahan

Johor ada acuan sendiri, UMNO yakin bergerak solo tanpa gabungan

Johor ada acuan sendiri, UMNO yakin bergerak solo tanpa gabungan

Selepas tunggu 22 tahun, akhirnya Arsenal angkat Piala Liga

Selepas tunggu 22 tahun, akhirnya Arsenal angkat Piala Liga

Lima ahli sindiket curi kabel ditahan, lori turut dirampas

Lima ahli sindiket curi kabel ditahan, lori turut dirampas

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM