Kesian Annuar, berlakonlah sikit pakai kopiah

DATUK Mohd Puad Zarkashi menyindir Tan Sri Annuar Musa kerana menggayakan pakaian mewah ketika berkempen untuk Perikatan Nasional (PN) di Nenggiri, baru-baru ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, Annuar sebagai Ketua Operasi Pilihan Raya Kecil (PRK) untuk PN sepatutnya ‘berlakon’ dengan tidak berpakaian mewah sepanjang tempoh kempen kerana ‘memperjuangkan masyarakat miskin’.

“Kesian Annuar. Tak salah dia pakai barang berjenama. Betullah, itu pitih dia. Tetapi berpada-padalah.

“Lain kali jangan ‘over’ bila cakap rakyat hidup susah. Tetapi kamu pula pakai LV.

“Berlakonlah sikit. Pakai kopiah dan kain pelekat cop gajah duduk. Annuar kata ahli Pas yang tuduh DAP kafir harbi tersasul cakap.

“Tapi pakai baju Louis Vuitton tidak mungkin tersasul,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

PUTRAJAYA – Mekanisme seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diwujudkan menerusi Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah, salah guna kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

Dua keluarga tarik nafas lega, terima manfaat Rumah Kasih Ihsan

59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

59 kilometer jalan utama Kuala Lumpur dinaik taraf, kerja penurapan dibuat waktu malam

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Malaysia Berselawat himpun hampir 1,000 jemaah, tampilkan tokoh ulama dunia

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Nahas kemalangan maut: Tiga beranak dikebumikan satu liang lahad

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

Taktik penganggur cari pendapatan sampingan jual judi terbongkar

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan

JAIP sasar iktiraf Zon Halal di semua R&R tahun depan