Hampir 500 anak Orang Asli layak ke IPTA

GUA MUSANG – Seramai 482 pelajar Orang Asli yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berjaya mendapat surat tawaran melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara tahun ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kadar kemasukan anak masyarakat Orang Asli ke pusat pengajian tinggi meningkat setiap tahun.

Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa menyediakan ruang dan peluang kepada remaja dan anak-anak Orang Asli di IPTA di seluruh negara untuk melanjutkan pelajaran mereka.

“Dalam soal pendidikan… Orang Asli tidak pernah diabaikan oleh kerajaan termasuk dalam Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Pendidikan yang diberikan kepada masyarakat Orang Asli sudah bermula seawal usia kanak-kanak dengan membuka kelas pendidikan prasekolah, Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika), sekolah rendah dan menengah di penempatan mereka bagi memastikan golongan ini tidak tercicir dalam soal pendidikan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, oleh itu menjadi fokus dan perjuangan calon Barisan Nasional (BN) di pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani untuk membangunkan aspek pendidikan kepada masyarakat Orang Asli di Nenggiri.

Katanya, tidak hanya aspek pembangunan, kebajikan dan kesihatan malahan soal pendidikan juga menjadi agenda utama BN dan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan Orang Asli tidak tercicir dalam arus kemajuan.

“Menjadi komitmen kerajaan tanpa membezakan kaum dan bangsa termasuk hak Orang Asli untuk mendapatkan pendidikan baik di peringkat menengah mahupun peringkat yang lebih tinggi akan terus diperjuangkan,” katanya.

Related Posts

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

KUALA LUMPUR – Media diseru untuk tidak menggadaikan integriti dan etika kewartawanan semata-mata untuk mengejar kepantasan, jumlah pembaca atau tontonan tinggi. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

SANDAKAN – Sabah wajar diberikan peruntukan lebih besar dan bermakna dalam Belanjawan Negara akan datang, khususnya bagi menangani keperluan infrastruktur, kesihatan, pendidikan dan pembangunan pertanian negeri itu. Naib Presiden Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1