Wan Rosdy harap Najib dibenar jalani hukuman tahanan rumah

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail – secara peribadi dan mewakili rakyat negeri ini – mendoakan Datuk Seri Najib Razak mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam Titah Adendum.

Dalam satu hantaran melalui Facebook, Naib Presiden UMNO itu turut menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana Jabatan Peguam Negara (AGC) mengakui kewujudan titah berkenaan.

“Ini sekali lagi mengesahkan afidavit yang saya kemukakan kepada pihak mahkamah bahawa saya mengetahui kewujudan titah ini adalah benar dan bukan bersifat ‘hearsay’ (khabar angin).

“Memandangkan pihak Peguam Negara secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan Titah Adendum ini, adalah wajar bagi prosiding ini dihentikan dan titah ini dilaksanakan.

“Jabatan Peguam Negara, mahkamah dan semua pihak yang terbabit, terutama pihak kerajaan perlu menjadi badan yang menjunjung konsep pengasingan kuasa, termasuk menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

AGC pada Rabu, dilapor tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum dikatakan titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara bawah tahanan rumah.

Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.

Bekas Perdana Menteri itu yang sedang menjalani hukuman penjara sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan Pengampunan Diraja pada 2 September 2022.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung