Ranau lakar pelan strategik pertumbuhan inklusif, pemeliharaan warisan

RANAU – Kerajaan Negeri Sabah melancarkan Pelan Pembangunan Strategik menyeluruh bagi tempoh 15 tahun yang bertujuan untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi dan memelihara warisan kaya di daerah ini.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, potensi dan keunikan Ranau perlu diutamakan sebagai destinasi utama pelancongan tanah tinggi dan agropelancongan.



“Ranau memiliki keindahan semula jadi dan warisan budaya yang tiada tandingan.

“Visi strategik kita memanfaatkan kekuatan ini untuk memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Pelan tersebut menyasarkan pertumbuhan yang inklusif dan seimbang antara komuniti bandar dan luar bandar yang merangkumi tahun 2025 hingga 2040.



Dalam pada itu, beliau turut menggesa semua penduduk untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk masa depan daerah ini.

“Pelan hala tuju ini memerlukan komitmen berterusan daripada semua pihak, terutamanya komuniti dan pihak berkuasa tempatan yang memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaannya,” katanya.



Jelas Masidi, pelan pembangunan yang disediakan oleh Institut Kajian Pembangunan (IDS) itu menekankan tujuh bidang utama.



Antaranya ialah pembangunan komuniti luar bandar moden, tadbir urus yang cekap, kecemerlangan modal insan, destinasi pelancongan berprestij, keselamatan makanan, pengurusan sumber asli secara mampan dan kemakmuran sosioekonomi.



Beliau turut melihat potensi menarik terhadap pengiktirafan ‘Triple Crown’ UNESCO yang diterima Ranau, sekali gus memperkukuh kedudukan antarabangsa dalam aspek biodiversiti dan keunikan budaya di daerah itu.

Related Posts

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

SANDAKAN – Kerajaan akan memberi keutamaan kepada warganegara dalam pelaksanaan bantuan kepada mangsa terjejas bencana kebakaran, namun aspek kemanusiaan tetap diutamakan tanpa mengira status, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

MIRI – Satu lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut diadakan pada pagi Rabu bagi meninjau keadaan semasa kemudahan pendidikan, sekali gus merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Royalti petroleum: Antara persepsi dan realiti sebenar

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen