Kerajaan salur RM1 juta bantu veteran ATM

ALOR GAJAH – Kementerian Pertahanan (Mindef) menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta menerusi program Pemerkasaan Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PUVET ATM), khusus bagi membantu 200 veteran memajukan perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, setakat ini seramai 96 usahawan telah menerima geran berjumlah RM490,000 ketika PUVET ATM diadakan di Perak, Johor dan Melaka.

Menurutnya, setiap penerima menerima wang tunai RM5,000 untuk dijadikan modal bagi menceburi bidang perniagaan berasaskan perkhidmatan, automotif, makanan dan pertanian.

“Saya yakin sasaran 200 usahawan veteran ATM yang menerima bantuan ini akan dapat dicapai apabila kita pergi ke Kelantan, Terengganu dan Kedah. Tahun lalu kita hanya mencapai 100 orang, di Melaka paling ramai veteran ATM menerima geran tersebut iaitu seramai 44 orang, berjumlah RM220,000.

Ujarnya lagi, Kementerian Pertahanan bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) turut berkerjasama dengan Kementerian Kemajuan Dewa Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Ekonomi membantu golongan berkenaan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian PUVET ATM Melaka di A’ Famosa Resort di sini pada Khamis.

Tambah Adly, kementerian juga komited mempertingkatkan usaha bagi membantu usahawan veteran menceburi pelbagai bidang perniagaan secara dalam talian memandangkan produk dikeluarkan kepada yang berjaya menembusi pasaran Singapura sahaja.

Related Posts

Kementerian Ekonomi mahu program IPR-INSAN diteruskan

ARAU – Kementerian Ekonomi akan memohon kepada Kementerian Kewangan (MoF) supaya pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) disambung bagi tempoh seterusnya selepas terbukti membantu usahawan B40 menjana pendapatan. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fahmi Fadzil terima Darjah DPPN bergelar Datuk Seri

GEORGE TOWN – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran “Datuk Seri” (Dato’ Seri) bersempena dengan Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

Polis tahan juruwang curi duit jualan dari kaunter

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000