Jangan main hentam kerajaan, hutang negara dijangka turun mulai 2027

JUMLAH keseluruhan hutang negara dijangka mula menurun bermula 2027 dan mampu dicapai apabila jumlah hutang diwarisi daripada kerajaan terdahulu yang matang mula berkurang.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dalam tempoh dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hutang baharu tahunan berjaya diturunkan sebanyak RM14 bilion, iaitu RM86 bilion bagi 2024, berbanding RM100 bilion dalam 2022.

“Jika prestasi ini dapat dikekalkan, jumlah hutang keseluruhan negara akan mula menurun bermula 2027 ke atas apabila jumlah hutang terdahulu yang matang akan mula berkurang.

“(Namun), setiap kali kerajaan berkongsi maklumat mengenai usaha mengurangkan hutang negara, ia akan diperlekehkan penyokong pembangkang,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menempelak sikap segelintir pihak lawan yang menyindir kenyataan atau maklumat dikongsikan Anwar apabila mengatakan, Perdana Menteri memutar fakta berkaitan hutang negara dengan dakwaan ‘kata hutang berkurang, kenapa makin tinggi’.

Jelasnya, ia termasuk pemakluman dibuat Anwar bahawa jumlah hutang baru berkurang setiap tahun setelah Kerajaan Madani mengambil alih, malah dijangka turun kepada RM86 bilion untuk 2024, berbanding RM93 bilion (2023) dan RM100 bilion (2022).

“Maka kecohlah pakar ekonomi Tiktok, konon ini satu penipuan kerana kata mereka, jumlah hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan semakin bertambah.

“Saya selalu terangkan bahawa pada masa kerajaan komited kurangkan hutang baharu setiap tahun, kita masih perlu membayar hutang-hutang yang diwarisi.

“Jadi jumlah hutang tahunan itu perlu mengambil kira bayaran hutang terdahulu setiap tahun,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, apa harus difahami adalah tempoh matang hutang kerajaan selalunya antara tiga ke lima tahun, malah ada yang lebih panjang dari itu.
Jelasnya, profail hutang terdahulu yang perlu dibayar kerajaan ketika ini adalah RM78 bilion untuk 2023, RM97 bilion (2024), RM89 bilion (2025) dan RM97 bilion (2026).

“Maknanya, hutang diambil kerajaan terdahulu kini perlu dibayar pentadbiran Anwar. Walaupun ekonomi makin baik, cukai dikutip lebih tinggi, tapi oleh kerana tempoh matang hutang terdahulu perlu dibayar, jumlah hutang keseluruhan masih nampak tinggi.

“Sebab itu, prestasi mengurangkan hutang perlu diteliti juga dari segi jumlah baru hutang tahun yang diambil pentadbiran sekarang, seperti dinyatakan Anwar.

“Lain kali, kalau kurang faham, bacalah dulu,” katanya.

Related Posts

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

GEORGE TOWN – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka pindaan undang-undang bagi memperberat hukuman terhadap individu yang mencuri kabel landasan kereta api, termasuk meningkatkan tempoh pemenjaraan dan kadar denda. Menteri Pengangkutan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berkemungkinan diadakan pada 12 atau 19 Disember depan, namun tarikh berkenaan masih bersifat spekulasi dan belum mendapat pengesahan rasmi. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

HSN 2026 Sarawak lepasi sasaran, catat lebih 530,000 penyertaan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

142 penerima APC 2025, 43 pesara PPD Betong diraikan

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Hukuman lebih berat menanti pencuri kabel landasan kereta api

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat

Sukan bukan sekadar kecergasan, malah wadah penyatuan masyarakat

PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

PRN Sarawak mungkin 12 atau 19 Disember, keputusan belum muktamad

Hari Sukan Negara perkukuh kesedaran gaya hidup sihat

Hari Sukan Negara perkukuh kesedaran gaya hidup sihat