Dr Dzulkefly tarik balik gambar bersama Abdul Hadi di IJN

MENTERI Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, telah memadamkan sekeping gambar yang memaparkan beliau bersama Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, semasa lawatannya ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Rabu.

Gambar berkenaan pada awalnya dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi beliau, namun dipercayai telah diturunkan selepas mendapat teguran daripada ahli keluarga Abdul Hadi yang mendakwa tindakan tersebut tidak menghormati privasi pesakit serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) lawatan hospital.

Anak kepada Abdul Hadi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, menzahirkan rasa kesal terhadap penyebaran gambar berkenaan dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak beretika.

“Sikap tidak profesional ini sangat dikesali,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Dalam hantaran asalnya, Dr Dzulkefly memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Abdul Hadi adalah stabil dan beliau dijangka akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan itu turut menyatakan bahawa meskipun rawatan yang diterima adalah kompleks, ia telah berjalan dengan lancar.

Walau bagaimanapun, tindakan Khalil yang mendakwa Dr Dzulkefly tidak profesional menimbulkan perbahasan warga net yang sebahagian besarnya tidak bersetuju dengan pendirian ahli keluarga Abdul Hadi itu.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

KUALA LUMPUR – Ketua jabatan dan agensi kerajaan perlu turun padang bagi mengenal pasti serta menyelesaikan segera masalah yang menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar