Draf RMK13 dijangka dibentangkan di Parlimen pada 28 Julai – Fahmi

PUTRAJAYA – Kerajaan dijadualkan membentangkan draf Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat pada 28 Julai ini, kata Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga merupakan Menteri Komunikasi berkata, taklimat awal mengenai draf rancangan pembangunan lima tahun itu telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron kepada Jemaah Menteri dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

“Menteri-menteri telah menerima rangkuman, ringkasan daripada draf tersebut yang akan dibentang dalam sidang Parlimen pada bulan Julai.

“Perdana Menteri telah meminta supaya setiap kementerian meneliti draf yang telah dibentangkan dan memberi maklum balas kepada Kementerian Ekonomi dalam masa terdekat sebelum ia dimuktamadkan bagi persiapan pembentangan di Parlimen,” katanya dalam sidang media mingguan di sini, pada Rabu.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata bahawa RMK13 bagi tempoh 2026 hingga 2030 akan menjadi pemacu utama kepada usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi negara yang semakin kompleks.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan bahawa antara cabaran utama yang perlu diberi perhatian dalam RMK13 termasuklah jurang pembangunan dan pendapatan antara wilayah, kekangan fiskal yang dihadapi kerajaan, serta peralihan struktur ekonomi negara yang masih perlahan.

Draf RMK13 juga mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk kerajaan negeri, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil sebelum dimuktamadkan sepenuhnya.

Related Posts

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

‎108 pelajar Matunggong terima insentif SPM, bukti peningkatan luar bandar

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Pindaan Akta MARA benteng undang-undang perkukuh agenda Bumiputera

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Jangan cipta naratif “zero sum game”, keharmonian negara boleh terjejas

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Lambakan maklumat: Rakyat perlu bijak beza wartawan dan netizen

Ziarah Shifa Sejahtera MADANI santuni pesakit strok di Dungun