Gajah liar ‘Yob Padang’ seberat tiga tan berjaya ditangkap dan dipindahkan

GERIK – Seekor gajah jantan liar dianggarkan berusia 45 tahun dengan berat sekitar tiga tan berjaya ditangkap dan dipindahkan di Kampung Padang Stang, Mukim Kerunai di sini, pada Selasa.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, gajah berkenaan yang dikenali sebagai ‘Yob Padang’ ditangkap pada 14 Mei lalu selepas dikesan merosakkan kebun getah dan tanaman penduduk.

“Yob Padang berjaya dijinakkan dengan bantuan dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Rambai. Proses menjinakkan mengambil masa kira-kira 15 minit semasa operasi pemindahan dijalankan,” katanya ketika ditemui media selepas operasi itu.

Beliau memaklumkan, operasi pemindahan yang selesai sekitar jam 1.30 petang berjalan lancar hasil kerjasama pelbagai pihak.

“Alhamdulillah, operasi berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang terlibat,” ujarnya.

Yusoff turut menjelaskan bahawa Yob Padang dipercayai seekor gajah tunggal, iaitu gajah jantan dewasa yang hidup bersendirian setelah meninggalkan kumpulan.

“Gajah bergading ini juga antara yang terbesar pernah ditangkap di negeri Perak dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” tambah beliau.

Sementara itu, Pasukan Unit Tangkapan Gajah (UTG) turut berjaya memindahkan seekor lagi gajah jantan yang dianggarkan seberat 1.5 tan di Kampung Bongor, di sini, pada Isnin.

Mamalia tersebut, yang diberi nama ‘Yob Bongor’, berusia sekitar 14 tahun dan turut dipindahkan ke habitat yang lebih selamat.

Yusoff turut mengesahkan masih terdapat kehadiran gajah lain di sekitar Mukim Kerunai.

“Kita sedang memantau pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Saya berharap penduduk bersabar kerana kawalan berterusan akan dilakukan,”katanya lagi.

Operasi pemindahan itu melibatkan 12 anggota Perhilitan Perak, 10 anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang serta tiga anggota Perhilitan Johor.

Related Posts

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

JERANTUT – Padang Sekolah Kebangsaan (SK) FELDA Jengka 24 bertukar menjadi lautan warna-warni apabila warga sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat berkumpul bagi menjayakan Hari Sukan Tahunan, petang tadi. Kehadiran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

SERAMAI 133 bakal haji dari Sarawak bagi penerbangan kumpulan KT041Q mengukir senyuman penuh kesyukuran apabila selamat berangkat ke Tanah Suci pada Khamis.  Keberangkatan kumpulan ‘Dhuyufurrahman’ atau tetamu Allah ini diraikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan