Gajah liar ‘Yob Padang’ seberat tiga tan berjaya ditangkap dan dipindahkan

GERIK – Seekor gajah jantan liar dianggarkan berusia 45 tahun dengan berat sekitar tiga tan berjaya ditangkap dan dipindahkan di Kampung Padang Stang, Mukim Kerunai di sini, pada Selasa.

Menurut Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff, gajah berkenaan yang dikenali sebagai ‘Yob Padang’ ditangkap pada 14 Mei lalu selepas dikesan merosakkan kebun getah dan tanaman penduduk.

“Yob Padang berjaya dijinakkan dengan bantuan dua ekor gajah denak iaitu Abot dan Rambai. Proses menjinakkan mengambil masa kira-kira 15 minit semasa operasi pemindahan dijalankan,” katanya ketika ditemui media selepas operasi itu.

Beliau memaklumkan, operasi pemindahan yang selesai sekitar jam 1.30 petang berjalan lancar hasil kerjasama pelbagai pihak.

“Alhamdulillah, operasi berjalan dengan baik. Terima kasih kepada semua yang terlibat,” ujarnya.

Yusoff turut menjelaskan bahawa Yob Padang dipercayai seekor gajah tunggal, iaitu gajah jantan dewasa yang hidup bersendirian setelah meninggalkan kumpulan.

“Gajah bergading ini juga antara yang terbesar pernah ditangkap di negeri Perak dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” tambah beliau.

Sementara itu, Pasukan Unit Tangkapan Gajah (UTG) turut berjaya memindahkan seekor lagi gajah jantan yang dianggarkan seberat 1.5 tan di Kampung Bongor, di sini, pada Isnin.

Mamalia tersebut, yang diberi nama ‘Yob Bongor’, berusia sekitar 14 tahun dan turut dipindahkan ke habitat yang lebih selamat.

Yusoff turut mengesahkan masih terdapat kehadiran gajah lain di sekitar Mukim Kerunai.

“Kita sedang memantau pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Saya berharap penduduk bersabar kerana kawalan berterusan akan dilakukan,”katanya lagi.

Operasi pemindahan itu melibatkan 12 anggota Perhilitan Perak, 10 anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang serta tiga anggota Perhilitan Johor.

Related Posts

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk beri tempoh sebulan pemaju buka jalan rizab BSI-Ranggu

TAWAU – Penduduk memberikan tempoh selama sebulan kepada pihak pemaju Hap Seng Development Properties Sdn Bhd untuk membuka dan membuat semula jalan rizab (road reserve) yang didakwa ditutup sejak 2020…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

Anwar tegaskan PH akan pertahan semua kerusi pada PRN, PRU

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

PH utamakan kestabilan politik, bukan perebutan kuasa – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar

Kerajaan MADANI komited bela nasib rakyat tanpa kira musim – Anwar