Kemenangan BN bukti rakyat tolak politik ekstrem Pas, percaya pentadbiran Kerajaan MADANI

TAPAH – Kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning jelas membuktikan kepercayaan pengundi terhadap visi Malaysia MADANI yang dipelopori oleh Kerajaan Perpaduan.

Bendahari DAP Perak, Howard Lee Chuan How berkata, keputusan itu sekali lagi mengukuhkan keyakinan pengundi terhadap pentadbiran Kerajaan MADANI serta kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) sebagai satu gabungan politik.

Jelasnya, ia mencerminkan sokongan kolektif terhadap model pemerintahan yang mementingkan keterangkuman, kemajuan, serta saling menghormati antara semua komuniti.

“Kemenangan ini juga merupakan satu penolakan yang tegas oleh rakyat terhadap politik ekstrem etno-agama yang dimainkan oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN), yang bertujuan menabur ketakutan dan perpecahan.

“Perlu ditegaskan bahawa kemenangan di Ayer Kuning bukanlah satu kes terpencil. Ia adalah kesinambungan daripada siri kejayaan dalam beberapa PRK yang terdahulu hasil formula perpaduan yang sama.

“Kemenangan di Mahkota, Pelangai, Nenggiri, dan Kuala Kubu Bharu membuktikan bahawa apabila perpaduan dipertahankan, rakyat membalas dengan keyakinan dan sokongan,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Ahad.

Sehubungan itu, Howard berkata, gabungan kolektif BN dan PH yang membentuk Kerajaan MADANI terbukti sebagai satu kekuatan yang mantap, yang seiring dengan aspirasi rakyat Malaysia yang majmuk dan harmoni.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur merakamkan penghargaan terhadap dedikasi jentera dan akar umbi DAP yang telah memberi kemenangan kepada kerajaan.

“Daripada wakil rakyat, anggota eksekutif negeri dan persekutuan, ahli majlis tempatan sehinggalah ke ahli akar umbi, setiap sumbangan adalah faktor penentu kejayaan kempen ini. Komitmen mereka menjadi lambang semangat perpaduan dan tekad bersama yang mendasari perjuangan kita.

“Melangkah ke hadapan, DAP Perak akan terus komited untuk berkhidmat kepada rakyat, mempertahankan prinsip-prinsip demokrasi, dan membina Malaysia yang lebih bersatu dan terus maju dan majmuk,” katanya yang juga Pengarah Kempen PRK Ayer Kuning DAP.

Terdahulu, BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia, Bawani KS (1,106 undi).

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori di Pusat Penjumlahan Undi PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka Tapah pada jam 9.36 malam turut mengesahkan Ayer Kuning sebagai kubu kuat BN, kedudukan yang dikekalkan oleh gabungan itu sejak 1986.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16