Akhirnya Perak FC ‘tutup kedai’

NASIB skuad Perak FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan sudah terjawab apabila Pengerusi kelab, Datuk Seri Azim Zabidi mengesahkan ‘The Bos Gaurus’ tidak akan beraksi pada musim 2025/2026 akibat masalah kewangan.

Azim mengakui keputusan menarik diri diambil kerana kelab itu kini berdepan masalah kewangan yang terlalu kritikal.

“Ya betul, kita akan menarik diri. Kita tiada jalan lain.

“Kita akan cuba mencari pelabur baharu, namun bukan mudah dalam keadaan sekarang.

“Kita hampir di ambang muflis. Duit memang sudah tiada. Kalau nak perah darah dari batu pun lebih mudah,” katanya.

Spekulasi masa depan Perak FC hangat diperkatakan selepas penjaga gol pasukan, Haziq Nadzli memuat naik hantaran di media sosial membayangkan operasi kelab itu bakal dihentikan.

Dalam pada itu, Azim turut mendedahkan mengenai tawaran pembayaran tunggakan gaji yang ditolak oleh pemain.

Menurutnya, kelab hanya mampu membayar 20 peratus daripada tunggakan gaji enam bulan setengah, namun pemain enggan menerima tawaran tersebut.

“Itu sahaja yang mampu kami tawarkan. Kalau duit tidak ada, memang tidak ada.

“Walau macam mana sekali pun, kita tidak boleh mencipta duit yang tiada.

“Mereka meminta supaya kami mempertimbangkan bayaran pada kadar lebih tinggi. Saya kata, saya akan cuba, namun realitinya, kalau tiada, memang tiada. Ini sahaja wang yang ada dalam akaun kelab,” ujarnya.

Azim mencadangkan agar semua barangan cenderamata dan ‘merchandise’ kelab dijual bagi menambah dana untuk melunaskan tunggakan bayaran kepada pemain.

“Kita memang berusaha untuk membayar. Bukan kami cuba melarikan diri daripada tanggungjawab,” jelasnya.

Ketika ditanya sama ada Perak FC bersedia dijual pada harga RM1 atau diberikan secara percuma kepada mana-mana pihak yang berminat, Azim menjelaskan bahawa perkara itu terbuka untuk dibincangkan.

“Kita akan berbincang mengenainya. Sukar untuk saya memberi jawapan muktamad sekarang, namun kita terbuka untuk berbincang,” katanya.

Related Posts

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

KERAJAAN Pahang melalui Majlis Sukan Pahang memperuntukkan perbelanjaan RM12 juta bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) dan Para SUKMA Selangor 2026. “Peruntukan ini membabitkan pembangunan atlet, latihan pusat, program pelapis, kejurulatihan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Salah sah sertai Trabzonspor

TRABZONSPOR mengesahkan telah menandatangani bintang Mesir, Mohamed Salah menerusi perjanjian yang menjamin bayaran sebanyak €17 juta (AS$19.6 juta) semusim, lapor Anadolu Ajansi. Anak syarikat bola sepak Trabzonspor yang merupakan syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Sembilan tahun turun padang, perjuangan Pertubuhan Ikon Malaysia akhirnya diiktiraf

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Manifesto bukan kitab suci, tapi janji harus ditepati – Wilfred Yap

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

Penyatuan utuh di bawah GPS jamin kemakmuran berterusan Bumi Kenyalang

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

PKR belum terima surat letak jawatan ahli Parlimen

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

DAP sahkan tanding PRN Sarawak, tawar suara alternatif semak dan imbang

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah

Aduan sudah diangkat namun tiada tindakan selesai kes buli, salah guna kuasa di sekolah