Sentimen anti UMNO-DAP sudah lapuk – Zahid

SENTIMEN anti UMNO-DAP yang disensasikan pembangkang sepanjang dua minggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning ini tidak akan menghantui pemikiran matang pengundi.

Malah, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sudah lapuk dan yakin rakyat Ayer Kuning tidak akan mudah termakan hasutan dakyah ciptaan pembangkang itu.

“Dulu mereka juga pernah bekerjasama, jadi tidak timbul isu ini sebenarnya. Saya percaya pengundi di Air Kuning tidak tertarik, apatah lagi terpengaruh dengan isu-isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata kepada media ketika turun berkempen di perkampungan Orang Asli Sungai Keroh dekat Ayer Kuning, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri turut membidas pembangkang yang berlagak seperti kerajaan pemerintah berikutan mencadangkan pelbagai projek pembangunan baharu menjelang pilihan raya.

“Baguslah jika cadangan pembangunan itu dibuat sejak dahulu lagi. Tapi kalau di Air Kuning baru sekarang hendak dicadangkan, saya rasa itu hanyalah mimpi di siang hari,” katanya sinis.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut memberi jaminan kesiapsiagaan jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) berada di tahap optimum dalam menghadapi hari pengundian.

“Kita telah turun ke akar umbi melalui pelbagai pendekatan. Kita berharap pengundi di Air Kuning akan terus memberikan dokongan kepada calon BN demi kesinambungan perkhidmatan seperti yang telah ditunjukkan oleh penyandang, Ishsam Shahruddin,” katanya.

Tegasnya, serangan bertali arus daripada pembangkang setakat ini hanyalah berbentuk isu remeh dan tidak mencerminkan aspirasi sebenar penduduk tempatan.

“Memang menjadi kelaziman bagi pihak lawan membangkitkan isu titik bengik yang tidak relevan dengan masyarakat setempat,” katanya

Related Posts

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan tindakan Datuk Mubarak Dohak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong, semalam, adalah tidak sah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Tindakan isytihar turunkan Tuanku Muhriz tidak sah, tidak diiktiraf

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Langkah strategik kerajaan Pahang bantu usahawan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Program JHEKS rapatkan masyarakat, agensi kerajaan

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Persekutuan, Sabah komited bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia

Kerajaan Sabah gerak semua agensi bantu mangsa kebakaran Kg Bahagia