Azalina, Ewon wakil Malaysia ke pengebumian Paus Francis di Vatican

PUTRAJAYA – Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick akan mewakili Kerajaan Malaysia ke Istiadat Pengebumian Negara untuk mendiang Paus Francis pada 26 April ini di Vatican City.

Menurut kenyataan media Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra), Istiadat Pengebumian Negara berkenaan termasuk misa pengebumian di St. Peter’s Square, Vatican City yang akan dipimpin oleh Giovanni Battista Re, Ketua Kolej Kardinal.

“Setelah itu, satu istiadat perarakan akan diadakan bagi mengiringi jenazah Paus ke Basilika Santa Maria Maggiore. Beliau akan disemadikan dalam satu upacara tertutup,” jelasnya dalam kenyataan media pada pada Jumaat.

Dalam kenyataan yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Paus.

“Dalam perutusan beliau, Perdana Menteri memperingati sumbangan besar kepada usaha dialog antara agama, pengurusan alam sekitar serta perlindungan hak bagi golongan dimarginalisasi,” kata kenyataan itu.

Pada 23 April lepas, Menteri KUSKOP turut menandatangi Buku Takziah di Kedutaan Besar Holy See di Kuala Lumpur bagi pihak Kerajaan Malaysia.

Related Posts

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

SEPANG – Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan sebanyak 54 kapal di bawah misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

KETIKA sebahagian pihak terus memainkan naratif kononnya negara sedang gagal dan ekonomi semakin merudum, angka rasmi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat