Kemerosotan prestasi Terengganu dalam SPM akibat permainan politik?

MERUJUK kepada keputusan 50 sekolah terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, hanya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Berang dan MRSM Kota Putera sahaja yang tersenarai sebagai wakil dari Terengganu pada kali ini.

Kemerosotan prestasi sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan (KPM) di negeri Terengganu dalam keputusan perperiksaan SPM agak ketara akhir-akhir ini, di mana dahulunya negeri Terengganu antara juara dan negeri yang mempunyai prestasi yang membanggakan setiap kali keputusan SPM diumumkan.

Napok koho nurun result SPM sekoloh Tranung ning, guane jadi gitu, kalu gok 3-4 sekoloh masuk list kebangsaan, lening pah larat dua je masuk, berat tu, dua tu pun MRSM, sekolah berasrama penuh (SBP) dengan sekoloh harian Terengganu takdok pun, dulu sekoloh harian Terengganu pun megang SPM.

Khabar-khabar angin bertiup mengatakan prestasi negeri Terengganu yang merosot ini akibat campur tangan politik ketika era kerajaan PN di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Pejabat Pendidikan Daerah( PPD) seluruh Terengganu.

Pelantikan pegawai kanan di pejabat pendidikan daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dibuat bukan berdasarkan merit tetapi atas kecenderungan politik mengakibatkan pentadbiran JPNT dan PPD menjadi kacau-bilau.

Pah larak jabak pendidikan main politik kepartian jeng kreng boh, budok-budok nok ngaji bukan nok main politik.

Jika ini betul-betul berlaku, pihak KPM mesti membantu negeri Terengganu untuk membetulkan pentadbiran JPNT dan PPD agar kembali berada pada tatakelola yang betul.

Dengan ini prestasi cemerlang dan kegemilangan negeri Terengganu dalam perperiksaan SPM dapat dikembalikan.

Related Posts

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak