Perairan Sebatu bakal jadi pusat ternakan hasil laut, agropertanian & ekopelancongan

JASIN – Kawasan perairan Sebatu di Sungai Rambai, Jasin bakal menjadi pusat projek penternakan ikan, ketam dan udang yang menggunakan pemindahan teknologi dari Korea Selatan bagi menghasilkan benih makanan laut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis berkata projek yang dijangka bermula hujung tahun ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Institut Antarabangsa Akuakultur dan Sains Akuatik (I-AQUAS) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan menerima geran bernilai hampir RM1 juta.

“Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai berkerjasama dengan UPM bagi mewujudkan pusat penyelidikan dan pembenihan hasil ternakan laut di Sebatu sekali gus menjadikan kawasan berkenaan sebagai kampung agropertanian dan ekopelancongan.

“Menerusi usaha sama ini, pasukan penyelidik telah menghasilkan kertas cadangan untuk dihantar ke negara yang mempunyai teknologi dalam bidang akuakultur dan berjaya meraih geran tersebut”. Katanya kepada pemberita semalam.

Tambahnya, dengan hasil usaha ini bidang pertaniah dapat diwujudkan menerusi program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus di Sungai Rambai.

Related Posts

Flat didakwa penempatan Rohingya di Sungai Tekali mula diroboh

HULU LANGAT – Struktur bangunan flat empat tingkat yang didakwa dibina secara tidak sah dan menjadi penempatan komuniti Rohingya di Sungai Tekali di sini mula dirobohkan hari ini. Penghulu Kampung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) menerima hampir 2,000 pelajar baharu bagi mengikuti pengajian peringkat diploma untuk Sidang Akademik 2026/2027 yang bermula hari ini. Daripada jumlah itu, seramai 649…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Flat didakwa penempatan Rohingya di Sungai Tekali mula diroboh

Flat didakwa penempatan Rohingya di Sungai Tekali mula diroboh

UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40

UNIMAP terima hampir 2,000 pelajar diploma, 649 daripada keluarga B40

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

PRN Johor, Negeri Sembilan: AMK harap lebih ramai calon muda diberi peluang bertanding

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Bekalan tenaga kini cabaran besar dunia – PMX

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Anwar tegaskan keutamaan pembangunan Sabah termasuk daerah terpencil

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi

Platform media sosial perlu bertindak pantas kekang berita palsu menjelang PRN – Fahmi