Anwar zahir takziah pada keluarga Salleh Kalbi

LAHAD DATU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Silam (kini Lahad Datu), Datuk Salleh Kalbi yang meninggal dunia di Hospital Lahad Datu akibat jangkitan paru-paru, awal pagi tadi.

Anwar dalam satu hantaran di laman Facebook berkata, Allahyarham merupakan sahabatnya.

“Takziah kepada keluarga allahyarham Datuk Salleh Kalbi. Beliau dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi.

“Datuk Salleh adalah mantan Ahli Parlimen Silam selain merupakan sahabat saya. Semoga keluarganya kuat dan cekal dengan ujianNya dan mendoakan agar ruh almarhum ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Jenazah Allayarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Terusan Lahad Datu, pukul 1.30 tengah hari tadi.

Ratusan masyarakat setempat hadir di Masjid Firdaus Kampung Sapagaya dan tanah perkuburan berkenaan memberi penghormatan terakhir kepada Allayarham.

Related Posts

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

KUALA PERLIS – Pusat Pembelajaran Berasaskan Komuniti (CLBC) Kampung Seberang Ramai menerima kunjungan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPDN harap peruntukan PJRM ditingkatkan dalam Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
KPDN harap peruntukan PJRM ditingkatkan dalam Belanjawan 2027

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah