Perjalanan Jin Wei berakhir di peringkat kumpulan

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei gagal menahan air mata apabila perjalanannya di Sukan Olimpik Paris 2024 terhenti di peringkat kumpulan, hari ini.

Jin Wei hampir mencipta kejutan mara ke pusingan 16 terbaik dengan permainan yang cukup mendebarkan sepanjang beraksi selama satu jam lima minit di Porte de La Chapelle Arena.

Dia bagaimanapun terpaksa akur dan mengakui kesilapannya di mata akhir set penentuan menyebabkan dia terpaksa menyerahkan kemenangan kepada pemain Korea Selatan, Kim Ga Eun, lapor Harian Metro.

Dalam aksi terakhir kumpulan H lewat petang tadi, Jin Wei bagaimanapun tidak memberi laluan mudah kepada Ga Eun apabila mengajak lawannya itu bermain tiga set sebelum tewas 17-21, 22-20, 21-23.

Aksi penuh mendebarkan kedua-dua pemain itu menyaksikan Jin Wei berpeluang untuk keluar selaku pemenang apabila hanya dipisahkan satu mata untuk menamatkan permainan apabila mendahului 20-18 di set ketiga.

Bagaimanapun, Ga Eun lebih bijak mengawal tekanan apabila bangkit sehingga berjaya mengikat keputusan 21-21 sebelum mencatat kemenangan 23-21.

Bagi Jin Wei, dia tidak mahu mencipta sebarang alasan dan mengakui kekalahannya hari ini berpunca daripada kesilapan dirinya.

“Memang keadaan sangat cemas di game terakhir. Ada peluang tapi saya buat silap di saat akhir.

“Saya nak cakap ‘sorry’ kepada rakyat Malaysia sebab tak boleh bagi kemenangan ini.

“Saya akan lihat balik rakaman apa yang boleh diperbetulkan,” katanya.

Jin Wei yang menghuni ranking ke-32 dunia itu bagaimanapun berkata, pengalaman di Paris 2024 tidak akan mematahkan semangatnya dan akan terus berjuang dalam sukan ini.

Related Posts

Jepun ikat Belanda 2-2

JEPUN mempamerkan semangat juang tinggi apabila dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Belanda 2-2 dalam aksi Kumpulan F Piala Dunia 2026 yang berlangsung di Texas, pagi tadi. Selepas gagal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jerman belasah Curaçao 7-1

JUARA dunia empat kali, Jerman memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan bergaya apabila membelasah pendatang baharu, Curacao 7-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan E, awal pagi tadi. Jerman menguasai permainan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa