KSN ‘terjah’ UTC Kuantan, tegur beberapa kelemahan

RUNGUTAN mengenai tahap keselesaan, kesesakan pengunjung dan kelancaran urusan di kaunter beberapa agensi kerajaan di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kuantan mendapat perhatian Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Beliau melakukan lawatan mengejut di lokasi itu semalam dan mendapati beberapa isu memerlukan penambahbaikan segera termasuk kesesakan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kekurangan kerusi tempat menunggu.

Berdasarkan rakaman video dikongsi menerusi Facebook miliknya, Shamsul Azri dilihat menghubungi sendiri pihak berkaitan memaklumkan masalah berkenaan dan mengarahkan tindakan segera diambil.

Dalam perbualan telefonnya, beliau jelas menyebut berhubung kesesakan di kaunter JPJ apabila ramai orang datang berurusan di kaunter termasuk dari Kemaman, Terengganu.

Katanya, kesesakan berlaku terutama di kaunter urusan cukai jalan.

Hasil pemerhatian beliau, setiap kaunter dianggarkan ada 80 pelanggan beratur pada satu-satu masa dan sepanjang tiga jam lebih, 300 orang datang mendapatkan perkhidmatan di kaunter itu.

Berdasarkan perbualan itu juga, beliau kurang berpuas hati dengan isu tempat duduk menunggu tidak mencukupi menyebabkan ada yang terpaksa berdiri antara 45 minit hingga satu jam.

Sementara itu, melalui kenyataan ringkas di Facebook juga, Shamsul Azri berkongsi khabar gembira apabila beliau menerima laporan petang semalam mengesahkan beberapa langkah penambahbaikan sedang dilaksanakan.

Menurutnya, hasil lawatan mengejut itu memberi gambaran jelas mengenai aspek yang perlu diperbaiki, terutama membabitkan keselesaan pengunjung dan kelancaran urusan di kaunter.

Selain kaunter JPJ, beliau turut melawat kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang beroperasi di UTC Kuantan.

Tegasnya, lawatan mengejut itu bukan bertujuan mencari kesalahan atau menghukum, tetapi lebih kepada memastikan perkhidmatan diberikan kepada rakyat sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Dengan turun padang secara langsung, barulah kita dapat melihat sendiri keadaan sebenar, memahami cabaran dihadapi oleh petugas, dan mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan.

“Rakyat sememangnya berhak mendapat perkhidmatan terbaik daripada kerajaan, dan inisiatif seperti ini menunjukkan kesungguhan untuk memastikan sistem sentiasa diperbaiki demi kebaikan semua,” katanya.

Related Posts

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026

KUALA LUMPUR – Seramai 1,859 peserta daripada 43 kontinjen Komponen Ekonomi akan menyertai Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026, yang mencerminkan kekuatan, kepelbagaian dan kesepaduan sektor ekonomi negara. Ketua Setiausaha Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini