1,859 peserta sertai perarakan komponen ekonomi sempena Hari Kebangsaan 2026

KUALA LUMPUR – Seramai 1,859 peserta daripada 43 kontinjen Komponen Ekonomi akan menyertai Perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026, yang mencerminkan kekuatan, kepelbagaian dan kesepaduan sektor ekonomi negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Abdul Halim Hamzah berkata, sambutan HKHM 2026 bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi platform untuk memperkukuh naratif perpaduan dan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata, sambutan itu turut penting dalam meningkatkan kefahaman rakyat terhadap aspirasi Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

“HKHM 2026 bukan sekadar acara tahunan, malah menjadi platform untuk memperkukuh naratif perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik dan meningkatkan kefahaman rakyat terhadap aspirasi Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau sesi latihan perarakan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Stadium Merdeka di sini hari ini yang melibatkan kontinjen Komponen Ekonomi.

Abdul Halim turut merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), agensi terlibat serta seluruh peserta atas komitmen, disiplin dan semangat berpasukan dalam menjayakan persiapan sambutan berkenaan.

Katanya, penyertaan pelbagai kontinjen daripada sektor ekonomi bukan sahaja memeriahkan sambutan, malah menggambarkan kesepaduan pelbagai pihak dalam pembangunan negara.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) merangkap Setiausaha Jawatankuasa Kerja HKHM 2026, Datuk Aminurrahim Mohamed; Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mohd Amran Mohd Haris; Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Harun Ali serta Setiausaha Bahagian Kawalan dan Pematuhan, Kamarudin Abdul Rani.

Related Posts

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SHAH ALAM –  Kualiti rangkaian internet tetap di Malaysia semakin meningkat sehingga dinobatkan tempat kedua dalam kalangan lima negara terbaik di Asia Tenggara. Pencapaian itu berdasarkan data platform bebas pengukuran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

PUTRAJAYA – Isu persepsi antara cabaran paling kritikal bukan sahaja terhadap organisasi kerajaan dan swasta, malahan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM