FELCRA umum pendapatan boleh agih RM192.51 juta

BAYARAN keuntungan boleh agih akhir tahun 2024 Projek Peserta FELCRA Bhd (FELCRA) berjumlah RM192.51 juta diumumkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kuala Berang, Terengganu, petang tadi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia mencatatkan peningkatan luar biasa iaitu sebanyak 154 peratus atau RM116 juta berbanding tahun sebelumnya dan memberi manfaat kepada lebih 68,400 peserta yang terbabit dalam 583 projek.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada RM521.9 juta jumlah keuntungan boleh agih tahun 2024 dan FELCRA Berhad sudah salurkan dalam beberapa fasa kepada peserta.

“Saya tentunya sukacita mengumumkan Bayaran Keuntungan Boleh Agih Akhir Tahun 2024 melalui projek peserta FELCRA bahawa keuntungan yang akan diagihkan ini berjumlah RM192.51 juta yang mula dibuat pembayarannya secara berperingkat oleh pengurusan FELCRA.

“Sebagai menteri bertanggungjawab terhadap FELCRA, (saya) mahu melihat FELCRA ini terus membantu… bukan sahaja peserta melalui program penyatuan dan pemulihan tanah, tetapi pada waktu sama FELCRA turut terlibat di dalam memberikan peningkatan keterjaminan makanan.

“Ini termasuk kompleks ternakan ayam pedaging secara sistem tertutup yang telah dibuat di Pahang dan Insya-Allah ada dua tempat lain yang akan dilakukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Pengisytiharan dan Pengagihan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta-peserta FELCRA Berhad Tahun 2024, di Kuala Berang, Terengganu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, dengan peningkatan ini, purata pendapatan bersih setahun seorang peserta meningkat kepada RM4,420 per hektar sekali gus memperkukuh kestabilan ekonomi masyarakat luar bandar.

Beliau berkata, kejayaan itu didorong oleh beberapa faktor utama termasuk peningkatan hasil ladang kelapa sawit dalam Program Penyatuan dan Pemulihan (P&P) yang mencatat peningkatan 9.24 peratus atau 1.44 tan metrik per hektar.

Katanya, pelaksanaan strategi penjimatan kos pengeluaran turut menyumbang kepada kejayaan ini dengan pengurangan kos lebih RM401 per hektar sekali gus meningkatkan keuntungan boleh agih kepada peserta.

Related Posts

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

TEKANAN terhadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk menerima cabaran berdebat dengan calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik, dilihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Masuk IPTA bukan ikut kuota sama, MPN jelaskan beza pelajar tempatan dan antarabangsa

PETALING JAYA – Dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara tidak menyebabkan peluang pelajar tempatan berkurangan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), menurut Majlis Profesor Negara (MPN). Presiden MPN, Prof Emeritus Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng