Bung hargai inisiatif bancian guna indikator khusus untuk Sabah

KOTA KINABALU – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menzahirkan penghargaan terhadap Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) atas inisiatif melaksanakan bancian data kemiskinan yang menggunakan indikator tambahan khusus bagi Sabah. 

Beliau berkata, langkah itu amat penting untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan dengan lebih tepat dan berkesan.

Bagaimanapun, Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berharap agar sistem bancian itu ditambah baik selain diperhalusi dalam situasi semasa dengan rakyat semakin terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi tahun ini. 

Beliau yakin bahawa jumlah rakyat Sabah yang layak menerima bantuan adalah lebih ramai berbanding data semasa, oleh itu, pendekatan yang lebih menyeluruh  diperlukan.

“Antaranya memperluas skop data, termasuk mengenal pasti isi rumah berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dan pedalaman yang sering terlepas pandang dalam sistem bantuan sedia ada.

“Sistem juga yang lebih inklusif, agar mereka yang terkesan akibat kenaikan harga barang dan tekanan ekonomi turut dipertimbangkan dalam senarai penerima bantuan.

“Selain itu meningkatkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan, supaya bantuan dapat disalurkan dengan lebih menyeluruh tanpa birokrasi yang melambatkan proses,” katanya menerusi satu kenyataan media, pada Rabu. 

Jelas Bung, bantuan tidak boleh terlalu terikat kepada kriteria yang terlalu ketat sehingga menafikan hak rakyat yang benar-benar memerlukan.

“Sistem bancian tidak boleh hanya tertumpu kepada mereka yang telah berdaftar dalam e-Kasih semata-mata, tetapi juga perlu merangkumi golongan hampir miskin dan mereka yang berada dalam jurang pendapatan yang menyebabkan mereka tersepit antara kategori kelayakan bantuan. 

“Matlamat utama kita adalah untuk memastikan tiada rakyat Sabah yang tercicir daripada menerima bantuan yang sepatutnya menjadi hak mereka. 

“Dengan penambahbaikan ini, saya percaya lebih ramai rakyat yang benar-benar memerlukan dapat dibantu dan nasib mereka akan lebih terbela,” tambahnya.

Related Posts

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohamad Sabu menyediakan peruntukan kira-kira RM200,000 bagi membantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning dalam usaha memperkukuh aspek keselamatan di kawasan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

SANDAKAN – Isu anjing liar yang semakin membimbangkan di kawasan bandar, kampung dan taman perumahan perlu diberi perhatian serius dan tindakan bagi memastikan keselamatan masyarakat terus terjamin. Ketua Cabang Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Pendakwaan Ismail Sabri ditangguh ke 27 Ogos, masih dirawat di IJN

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia